Saturday, 13 December 2014

Freebies : Header Transparent (Online Diari)

Assalamualaikum

Actually header ni SR dah pernah update sebelum ni. Unfortunately, gambar-gambar yang pernah ada dalam blog ini telah pun ter-delete suatu masa dahulu. So, kiranya macam repost balik lah ya? Hehe

Hari ni Syaza rasa nak bagi freebies simple header yang transparent untuk korang semua.  Just a simple header from me to you. Hope korang suka :)

Check it out !!!!















Komen dulu sebelum guna atau ambil, okay? Terima kasih :)






Sunday, 23 November 2014

Review : Biore Cleansing Strips Pore Pack

Assalamualaikum

Makin hari SR punya whitehead dan blackhead semakin menjadi-jadi teruknya. Pelbagai cara SR dan guna termasukklah menggunakan telur dan serbuk sodium bikarbonat. Tapi hasilnya tak menakjubkan sangat. Plus, SR takde masa  nak siapkan bahan untuk buat DIY kat rumah. So, SR ambil keputusan untuk membeli Biore Cleansing Strips Pore Pack. Actually ada dua jenis. Satu warna putih dan satu lagi warna hitam. SR beli yang warna hitam punya di Watsons dengan harga RM 10.** untuk 10 strips. Sorry, SR tak ingat harganya. Tapi, bawah RM 11.00 lah :)

SR baru je guna satu strip. Itu pun hasilnya tak impress sangat. Mungkin sebab SR dah guna mask Egg White sebelum pakai Biore Cleansing Strips Pore Pack. Tapi takpe boleh cuba lagi. Untuk yang strip kedua ni SR tak buat apa-apa kat bahagian hidung selama beberapa minggu. Just sebab nak buat review ni. Haha, sound ridiculous, right?


Cara nak menggunakannya?

1. Twist Pore pack to loosen and separate slits with dry hands. Peel Pore pack off the plastic liner. Opened Pore pack should be used immediately.

2. Wet your nose thoroughly. Pore pack won't stick on a dry nose.

3. Dry hands. Apply to nose area, smooth side down, pressing down to ensure good contact with skin.

4. Let dry for about 10-15 minutes. Pore pack will feel stiff when it is ready to be removed. Drying time may depend on climate. Slowly and carefully peel off starting at both edges, pulling to the center.



Walaupum dah pakai dua kali, resultnya still tak improve. Lebih kurang aje. I don't know why. Maybe SR salah pakai ke? Tak ikut step ke? SR pun tak tahulah... Hmm. But, I'm happy sebab berjaya buang whitehead/blackhead dari hidung SR walaupun tak banyak. Okaylah tu kan? Daripada tak ada langsung. 

Lepas ni lebih banyak skincare/facial muka akan dilakukan. Maklumlah, muka dah naik jerawat sana sini. Stress aje bila cerita bab jerawat ni. Hahaha. But, kenapa tercerita pasal jerawat dekat entry ni. Hmm. Nevermind...

So, tunggulah lagi beberapa minggu dan lihat hasilnya nanti. Agak-agaknya resultnya akan sama or improve sikit. Okay? Hehe

Kalau nak guna cara yang mudah dan simple selain menggunakan pore strip, korang juga boleh cuba Petua : Hilangkan Bintik Hitam dan Putih di Muka yang pernah SR share sebelum ni. 

Thanks for reading. See you again in the next entry. Bye!




Wednesday, 19 November 2014

Liebster Award - Ira

Assalamualaikum

Wah, feeling excited when someone tag me to do this Liebster Award. Maklumlah, first time orang tag SR untuk LA ni. Thanks to Ira (http://ifyouknowwhatimean21.blogspot.com/) for tagging me... Semalam dia tag, hari ni terus siap entri. Nampak tak bertapa terujanya SR. hehe. Kalau ada sesiapa yang tak tahu nak tag siapa, boleh tag SR ya? Hehe. Kalau ada free time SR join :)


Syarat :-

1. Mention the person who nominated you with a link to their blog.
2. Answer the 11 questions asked.
3. Nominate 11 other blogger with a smaller following but with lots of potential.
4. Create 11 of your own questions for them to answer.
5. Notify your nominate.


Soalan yang Ira beri ialah :-

  • Sejak bila anda tahu kewujudan 'BLOG'?
For your information SR mula berblogging dari tahun 2011 lagi, so dari situ baru SR tahu wujudnya Blogger.

  • Anda aktif atau pasif dalam dunia blog ini?
Both. Sebab kalau ada masa terluang, SR akan aktif update blog. Kalau takde masa atau busy dengan study, SR jadi pasif sebab banyak benda nak kena siapkan.

  • Kenapa anda menjadi seorang blogger?
Tak ada jawapan yang spesifik. Mungkin sebab minat. Maybe. Lagipun dengan blogging, dapat kenal dengan ramai kawan dari merata tempat.

  • Ada abang or adik lelaki tak? hahaha nak jadi akak/adik ipar awak boleh? XD
Ada. SR ada 4 orang adik lelaki. Pilih ajelah nak yang mana satu. Hehe. Kalau dah jodoh nak jadi adik ipar pun apa salahnya. Hehe :D

  • Cita-cita masa sekolah rendah?
Biasalah, zaman sekolah rendah cita-cita berubah-ubah. Kejap nak jadi cikgu, nak jadi pramugari, nak jadi macam-macam lagilah. Last-last, bila amik Diploma, amik course Business Administration. Tak ke lari tu? :D

  • Awak dah add saya dalam wechat ke belum?
Belum lagi... Hehe

  • Apa yang perlu saya perbaiki dalam tulisan blog saya?
Rasanya tak ada. Semua dah okay :)

  • Berapa lama korang dok menghadap depan laptop sebenarnya?
Bergantung. Kalau free, memang menghadap laptop sebab kebanyakkan kerja yang SR buat mesti guna laptop. Hehe. Kiranya lama juga lah...

  • Benda yang luar biasa yang pernah korang lakukan?
Benda luar biasa? Hmm, how about I can finish read a novel within one day? Percaya tak? Hehe. Tapi, itulah hakikatnya :D

  • Dah berpunya atau belum?
Belum. Masih lagi single :D

  • Apa perasaan awak bila saya tag awak?
Happy sebab ada juga orang yang nak tag SR. Hehe






11 soalan daripada SR :-

  1. Entri pertama anda tentang apa? 
  2. Selalu singgah blog Apple Mints?
  3. Siapa yang korang minat dalam Runningman? Kenapa?
  4. Warna kegemaran anda? 
  5. Rutin harian sebelum masuk tidur?
  6. Perkara yang anda teringin nak lakukan tetapi belum ada peluang?
  7. Tarikh lahir anda?
  8. Quotes kegemaran anda?
  9. Apa yang akan anda lakukan jika bosan?
  10. Apa kelebihan yang anda dapat menjadi seorang "Blogger"?
  11. Satu benda yang anda akan bawa kalau keluar rumah?


That's all from me. Good luck kepada siapa yang SR tag :D


Wednesday, 17 September 2014

The Versatile Blogger Award

ASSALAMUALAIKUM

Someone tag me to do this which is Ieka Farhana. Thanks awak for tagging me! Really appreciate it! Hehe. 


 ✔ Thank the person who nominated you.
 ✔ Provide a link to the person's blog.
 ✔ Write 7 facts about yourself.
 ✔ Nominate 15 bloggers of your own and tell 
them
 .

Nak tahu 7 Fakta Tentang Syaza Raihanah? Stay tuned, okay!

1. Seorang yang sensitive. Cepat terasa dan menangis kalau ada yang mengguris hati. So, please becareful with my heart.

2. Rabun tapi tak pernah pakai spec selalu. Only use spec when in class, watching tv, using laptop and so on. I wish I can wear contact lens soon.

3. Seorang pelupa. Tapi tak pernah lupa sesuatu yang penting. Contohnya : tarikh lahir seseorang.

4. Loves to help others. (Mana-mana yang boleh ditolong, InsyaAllah akan bantu.) Cause I loves to make others happy even I'm not. Sigh T.T

5. Hantu cheese. Tak kisah makanan apa pun, janji ada cheese, Sr pasti makan. Yummy! No wonder my weight are __________ (Fill in the blank.)

6. Lebih gemar memendam perasaan daripada berkongsi cerita dengan orang lain.

7. Tak suka copycats and hypocrite person. Just go away from me...


Yeah, itulah 7 fakta tentang SR. Ada tak yang sama dengan korang? Give me five! Yay!


So, heres the tag victims!!!

amy syeera|aqilah azmi|bubblynotes|Maria Firdz| dan semua yang tersenarai dalam bloglist SR. Please check it put. Sorry, SR tak larat nak list semua. Hehe. 

Thanks for reading!!!

Sunday, 10 August 2014

Petua : Hilangkan Bintik Hitam dan Putih Di Muka

Assalamualaikum.

Hari ni bangun tidur dengan muka yang tak berapa nak licin. Bila pegang hidung, rasa macam kasar je. Maybe dah lama tak buat treatment muka. Huhu. Dulu rajin juga selongkar dapur cari bahan untuk buat masker, scrub and so on. Kalau ada masa terluang, mesti SR dah buat. 

So, sekarang ni tengah free. SR nak share petua untuk hilangkan bintik hitam, putih dan sewaktu dengannya. Petua yang bakal SR kongsi ni bukanlah berhasil 100% ya. Maybe kurang or lebih daripada 50%. Bergantung kepada setiap individu.

Jom mula!

Pertama sekali, sebelum korang buat apa-apa, mestilah ada bahan-bahannya kan? Jom tengok apa yang diperlukan untuk buat petua ni.



1. Semangkuk air panas.

2. Sebiji telur ayam. Asingkan telur putih dan telur kuning. (Guna telur putih sahaja)

3. Beberapa helai tisu muka. (Ikut koranglah. Kalau SR, 2-3 helai dah cukup)

4. Bahan sampingan : Berus mekap dan gunting.


Itu sahaja yang korang perlukan. Senang kan nak cari bahan-bahan tu? Semuanya ada kat rumah. Betul tak? Hehe. Kalau korang dah ada semua bahan-bahan tu, boleh lah get ready untuk buat masker.

1. Tisu kan ada dua lapis. So, korang pisahkan tisu tu menjadi selapis-selapis. Means, kalau tisu tu 3 helai, maknanya ada enam lapis kan? Koyak/gunting tisu tersebut menjadi saiz yang kecil. Boleh refer gambar di bawah.




2. Basuh muka dengan pencuci muka kegemaran korang. Lap muka sehingga kering dengan tuala bersih.

3. Steamkan muka. Caranya, dekatkan muka dengan wap air panas dalam mangkuk tu selama 10-15 minit. Steamkan muka ni dapat membuka liang roma pada muka. Kemudian, lap muka dengan tuala sekali lagi.

4. Sapukan muka dengan telur putih yang telah diasingkan tadi. Kemudian, letakkan tisu yang dah dikoyakkan pada muka yang sudah disapu telur putih.

5. Ulang proses diatas sehingga memenuhi muka. 

6. Tunggu sehingga tisu itu betul-betul kering. Mungkin lebih kurang 20-30 minit macam tu.

7. Part yang paling best. Bila dah betul-betul kering, cabut tisu tu perlahan-lahan.

8. Basuh muka dengan air sejuk untuk menutup semula liang roma pada muka.


Tisu tadi tu jangan buang lagi ya? Korang akan nampak ada bintik-bintik putih dan hitam serta liang roma yang melekat pada tisu tu. Thats mean, misi korang untuk membuang bintik putih dan hitam telah berjaya. Yay. SR dah cuba, hasilnya memang menakjubkan! Korang bila lagi? Good luck!



Segan nak letak muka yang penuh dengan tisu dalam entry ni. Hehehehe


Monday, 21 July 2014

Quotes #4 : That's Feelings by SR

ASSALAMUALAIKUM

Untitled



That's feelings, make me feel passionate.
That's feelings, make me feel irritated.
That's feelings, make me feel sensitive.
That's feelings, make me feel unhappy.
That's feelings, make me feel touched.
That's feelings, make me feel terrible.
That's feelings, make me feel pained.
That's feelings, make me feel fearful.
That's feelings, make me feel uneasy.
That's feelings, make me feel blessed.
That's feelings, make me feel lifeless.
That's feelings, make me feel scared.
That's feelings, make me feel happy.
That's feelings, make me feel upset.
That's feelings, make me feel great.
That's feelings, make me feel empty.





gosh | via Tumblr



Tuesday, 1 July 2014

Takut kucing?



Mungkin ada diantara korang semua yang suka dan tidak suka kepada haiwan comel ni kan?

Untuk pengetahuan korang, dulu SR suka sangat kucing. Sekarang ni pun suka juga. (As long as kucing tu tak kejar, gesel, cakar and everything). Bukannya apa. Peristiwa dulu membuatkan SR jadi takut dengan kucing. Kalau kucing tu terlalu hyper lagi lah SR akan cuba elak. Takut plus serik dah nak dekat dengan kucing yang jenis macam tu.

Bila teringatkan balik kisah zaman kanak-kanak dulu, boleh gelak seorang diri. Bayangkan eh... Nak dijadikan cerita time tu ada kat kampung. Tengah happy happy berlari sambil menghayun cawan plastik ke hulu hilir, tanpa disedari ada sesuatu mengekoriku dibelakang. Tambah mengejutkan, bila kucing tu melompat dan cuba mencapai cawan yang SR pegang tu. I was... "Eh, janganlah. Pergilah tempat lain!" Menjerit masa tu bila kucing tu kejar. Bila dah sedar ada kucing yang tengah kejar kat belakang, terus perlahan jalan. Tapi, kucing tu tetap degil nak ikut juga. Haih, sabar je lah. Siapa yang ada di tempat kejadian dah gelak sakan. Sedih je.... Sampai SR nak menangis dibuatnya. Hmm.

Sekarang ni, bukannya takut kucing. Cuma SR trauma. Haha. Seriously, SR dah serik kena kejar dengan binatang yang comel tu. If it is a kitten, boleh juga bawak bermain. Kalau dah besar, jangan haraplah. Saya dah serik.

Beberapa tahun yang lalu, SR pernah jumpa anak kucing ni kat lobby rumah. Seriously, that kitten was so cute. SR siap beri dia nama lagi tau! I call that kitten Kitty. Ingatkan nak bawak balik then bela Kitty. Tapi, atas sebab-sebab tertentu SR tak dapat nak bela Kitty. Dalam tiga hari juga lah asyik jumpa Kitty kat lobby rumah sebelum naik ke rumah. Selepas hari ketiga, Kitty dah tak ada. SR pun tak sure sama ada Kitty merayau ke tempat lain, ada orang bela or dah takde. Hmm. Maybe bukan rezeki SR nak jaga Kitty, kan? Its okay.

Itulah sedikit sebanyak kisah SR dengan kucing ni. Setiap orang mesti ada pengalaman masing-masing dengan kucing ni kan? Kalau ada yang tak suka kucing pun mesti bersebab kan? Betul tak?


See you in the next entry. Enjoy!

Sunday, 25 May 2014

Tutorial : Make Your Own Ringtone.

Assalamualaikum.



Hari ni nak share tutorial yang SR selalu buat. Iaitu tutorial untuk buat ringtone sendiri. Maklumlah, kadang-kadang susah nak jumpa ringtone lagu yang kita minat kan? So, bolehlah cuba tutorial ni. Maybe boleh bantu korang.


Follow these steps :-


2. Klik Browse A File or Upload By URL. Kemudian pilih lagu yang korang suka.

3. Tunggu sehingga selesai upload dan proses file. Bila dah selesai semua tu, korang boleh lah edit bahagian mana dalam lagu tu untuk dibuat ringtone.

4. Habis je korang edit ringtone, klik Make A Ringtone. 

6. Okay, nanti bila keluar satu pop up, korang right click pula bahagian Download Ringtone then save link as.

7. Done!


Senang kan? Cuma korang kena bersabar dan kena tadah telinga dengar lagu tu berulang-ulang kali. Hehe. Kalau ada mana-mana part yang tak faham, boleh tanya k? Selamat mencuba!


Monday, 12 May 2014

Quotes #3 : Memories by SR



At this time
I wish you were here with me
Spent our time together
Laugh as much as we want
And
Do everything together without any worries.

But
It won't happen.

My hope to you was too high
And I'll never get it
Even I try for many times
It won't be changed.



Maybe this is the right time for me 

To move on
To go away 
And
Leave everything behind.



Then

start a new life
Without you by my side.



Friday, 9 May 2014

What I Bought at KLIBF 2014

Assalamualaikum.

Long time no see... Hahaha

Ada yang masih tidak tahu mengenai PBAKL2014? Meh sini SR nak cerita. PBAKL2014 merupakan Pesta Buku Antarabangsa 2014 yang sedang berlangsung dari 24 April 2014 hingga 5 Mei 2014 yang lalu di PWTC, KL. Lama kan? Banyak kelebihan yang korang akan dapat, kalau pergi ke PBAKL. Antara, diskaun. But SR tak pastilah banyak mana diskaun yang ditawarkan. PBAKL diadakan setiap tahun. Dengan ini semua warga Malaysia dapat berkumpul demi matlamat iaitu membaca dan menambah ilmu pengetahuan.

Untuk kali ni, SR pergi dua hari berturut-turut. Sounds amazing, right? Banyak jugalah SR borong. Yang pasti, novel merupakan benda pertama yang ada dalam senarai setiap kali SR pergi PBAKL ni. Kali ni borong novel dekat booth Fajar Pakeer. Dalam booth FP ni, banyak penerbit novel yang ada. Antaranya, Karya Seni, Penulisan2u even Fajar Pakeer punya novel pun ada dijual disini.

Untuk pengetahuan korang, SR dah list awal-awal novel yang SR nak beli. Maklumlah, umur semakin meningkat. Mudah lupa. Lagipun penyakit lupa SR semakin menjadi-jadi sekarang ni. So, dengan senaraikan list novel, SR tak lupa dah apa yang nak dibeli. Yay :D Alhamdullilah, SR dapat semua novel yang SR nak sangat menjadi koleksi simpanan. Setiap novel yang SR beli majoritinya ada sebab kenapa SR beli.

Antara yang menjadi koleksi terbaru SR ialah :-

1. Teman Lelaki Upahan


Penulis novel ni SR pernah jumpa dia di PBAKL 2012. So far semua novel dia SR beli cuma Teman Serumah je yang SR tak pernah grab lagi. Masih mencari. Apa yang SR perasan, ada perubahan dari novel kedua dan seterusnya. Means, gaya penulisan, cerita, semua dah mula berubah ke arah yang lebih baik. Good job. Tak sabar nak baca novel ni. Huhu. Korang juga boleh baca novel ni di blog penulis dan penulisan2u

2. Bakal Isteriku Gangsternya!


Hah, novel ni special sikit. Actually, SR dah pernah baca novel ni sebelum ni. Kalau tak percaya, boleh ke [link] Kat situ Sr dah share maklumat tentang novel ni. Korang boleh baca kat situ. Ni semua gara-gara adik SR yang bawa balik novel kawan dia kat rumah. SR ingat lagi waktu baca novel ni. Satu malam sibuk menghadap novel ni sampai esok pagi kat sekolah tak cukup tidur. Huhu. Apa yang SR boleh cakap, novel ni memang THE BEST

3. Kahwin 6 Bulan Aje?



SR baru tahu yang penulis novel ni adalah orang yang sama dengan penulis novel Bakal Isteriku Gangsternya! OMG! Comfirm novel Kahwin 6 Bulan Je? pun best juga. Can't wait to read it!!!! AnaBella will be one of my favourite writer ever! Lepas ni mana-mana novel karya Anabella, SR akan cuba untuk grab!

4. Isteriku 19 Tahun



Saje beli sebab sinopsis macam best. Hee

5. Eksperimen Cinta



Ada orang cerita, kata novel ni best. Baca sinopsis pun macam best je. So, why not try baca kan? Hehe

6 & 7. Lawak Kampus Jilid 19 dan 20



7 buah buku yang diborong pada hari pertama SR ke PBAKL 2014. Kalau hari pertama majoritinya semua novel keluaran Fajar Pakeer, untuk hari kedua pula majoritinya keluaran Karangkraf. Nak tahu hari kedua SR beli apa? Jeng. Jeng. Jeng.

1. Kasih Yang Suci



Kalau korang semua ingat lagi, novel Kasih Yang Suci merupakan novel adapatasi drama Nora Elena. Alaaa, lakonan Aaron Aziz dengan Siti Saleha tu.... Dah ingatkan? Rindu nak tengok watak Seth Tan dan Nora Elena. Tak sabar nak baca. Hehe.

2. Setia Hujung Nyawa



Novel ni pun sama. Adaptasi drama Setia Hujung Nyawa lakonan hebat Amar Asyraf dan Nelydia Senrose. Actually sejak drama SHN ditayangkan di kaca televisyen lagi SR dah pasang niat nak beli novel ni. Tapi, tak kesampaian. Now, I have it! Yay!

3. Cinta Separuh Mati



4 & 5 Majalah Rapi Keluaran 15 April 2014 dan 1 Mei 2014

I don't know why lately ni semakin membuak-buak rasa untuk menjaga kesihatan diri. Teringin nak diet. Teringin nak kurus/turun kan berat badan. Hahaha. Sound nonsense. Sejak bila ntah SR dah pandai nak jaga badan ni. Huhuhu. Harapnya majalah Rapi ni dapat membantu newbie macam SR yang sedang mencuba untuk menjaga badan. Hehe


Tak tahulah bila dapat habiskan semua novel ni. Ambil masa lebih sikit. Sekarang ni pun dah tak tahu nak baca yang mana satu sebab semuanya macam best. Huhu. Dan SR baru je habis baca Kasih Yang Suci, Isteriku 19 Tahun dan Bakal Isteriku Gangsternya! BIG SR dah review sebelum ni. Boleh baca di [link]. Untuk KYS dan I19T pula nanti SR update ya? InsyaAllah, once I had finish reading one of the novel that I bought, I will review it. Keep on waiting!



Saturday, 3 May 2014

D.I.Y : Cara Mengelakkan Zip Seluar Daripada Jatuh

Assalamualaikum.

SR rasa ramai yang menghadapi masalah yang sama apabila memakai seluar jean mahupun slack. Masalah yang selalu timbul ialah, zip tidak dapat berfungsi dengan baik. Maknanya, selalu sangat zip seluar jatuh dan terbuka. Kalau orang nampak, malu tau! Hehe

Cara yang paling senang untuk menyelesaikan masalah ini ialah :-

Tetapi sebelum tu, korang memerlukan tempat gantung keychain tu. Alaa, yang bulat tu. Hehe.

Jom mula!





Tara!!! Senang, mudah dan cepat. Tunggu apa lagi, cepat pergi buat. Satu masalah, selesai!

Saturday, 22 March 2014

D.I.Y : How To Wear A Scarf As A Vest

Hello, everyone! Today I will be sharing a simple and easy D.I.Y for you to do. You don't need lots of stuff but scarf only. Did you know that scarf can be used as a vest too? Check this out!


Done? It is easy to do, right? So, what you waiting for? Go grab your scarf and do it just like the image above. Goodluck!

Sunday, 16 March 2014

Shiseido Mask.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk entry kali ni, Syaza nak cerita tentang Shiseido Mask yang pernah hangat di pasaran satu ketika dahulu.(Sekarang still hangat kot). Untuk pengetahuan semua, Syaza dah pernah cuba beberapa kali Shiseido Mask ni. Hasilnya, memang memuaskan hati. Tak rugi cuba dan yang paling penting, MURAH!



Antara jenis-jenis Shiseido Mask


Selepas menggunakan Shiseido Mask



Kepada sesiapa yan masih tak tahu Shiseido Mask tu macam mana rupanya, boleh tengok gambar atas ni. Mesti ada yang pernah cuba kan?

Shiseido Mask

Di buat dari kolagen disertai elemen mineral laut dalam. Masker dengan kandungan nutrisi paling lengkap. Perawatan kecantikan menggunakan lumpur Laut Mati sebagai masker wajah sama dengan memberi suapan makanan 'bergizi' pada kulit yang dapat merawat keindahan kulit. Kelebihan lainnya, semua toksin yang terdapat pada sel kulit akan terangkat, sehingga kulit lebih bersih dan segar sekaligus halus dan kencang. Masker ini merupakan masker kegemaram para doktor kulit, kerana hasilnya nyata dan langsung tampak dalam 1 kali perawatan. Biasa disebut oleh mereka sebagai "Masker Pembersih Total" . Perawatan menggunakan masker ini selain mencerahkan dan memutihkan kulit, menghilangkan noda bekas jerawat juga merangsang pembentukan kolagen dan elastik pada jaringan kulit, sehingga kulit anda akan lembab, kenyal dan pori-pori kulit wajah juga mengecil. Rawatan yang tepat untuk melawan tanda tanda penuaan awal.


Kebaikan :
  • Dapat menghilangkan dan mengurangkan blackhead & whitehead dan juga kekotoran di wajah.
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Mengurangkan kedutan, anti penuaan dan mencerahkan wajah.
  • Menanggalkan sel kulit mati

Cara Pemakaian :

1 paket boleh dipakai 2-3 kali, jangan guna 1 paket sekali pakai, memadai hanya pakai sederhana tebal sahaja.
  1. Bersihkan wajah. 
  2. Steam wajah dgn air panas selama sekurang-kurangnya 10-15 minit. 
  3. Ini bertujuan untuk membesarkan pori-pori dan memudahkan pembersihan jeragat. 
  4. Biarkan wajah kering baru sapu mask. 
  5. Sapukan masker. Hindari kawasan sekitar mata, alis, bibir, dan anak rambut.
  6. Tunggu sampai masker kering. (20-30 minit)
  7. Setelah masker kering, tarik masker tersebut dari bahagian bawah ke atas.
  8. Bilas sehingga bersih.
  9. Sapukan toner atau air sejuk pada wajah untuk menutup kembali pori-pori muka. Boleh juga menggunakan masker biasa.

Tutorial : Membuang Word Verification.

Assalamualaikum.



Kalau nak tahu Word Verification tu apa, boleh refer gambar diatas ni. Kadang-kadang benda alah ni boleh merosakkan mood seseorang. Bayangkan bila kita nak komen entry, tiba-tiba keluar word verification ni. Terus batal niat nak komen dan tanda (x) ditekan. Hmm.

Macam mana nak buang word verification ni? Jom mulakan sesi pembelajaran kita sekarang!!! Hehe. Ikut step by step okay?


  1. Firstly, korang mestilah sign in Blogger, ya dak?
  2. Pergi ke bahagian Settings. Then, klik Post And Comments.
  3. Lastly, klik "NO" pada bahagian Word Verification. (Boleh refer gambar bawah ni kalau tak tahu.)


4. Done!


Yay, senang kan? Simple like A B C. Hehe. Hopefully tutorial ni dapat membantu korang semua even ramai yang dah tahu pasal tutorial ni. Hahaha. Kbye!







Thursday, 13 March 2014

Puisi #2 : Rasa Hati by SR



Ya, aku diam.
Ya, aku senyum.
Ya, aku ketawa.
Ya, aku pendam.

Diam, aku diam tak bermakna aku kalah. 
Senyum, aku senyum sekadar menutup rasa hati.
Ketawa, aku ketawa agar orang disekelilingku bahagia.
Pendam, aku pendam namun jauh disudut hati aku ingin meluahkannya.

Aku sanggup membiarkan diri ini terluka, sakit agar insan disekelilingku bahagia.


Syaza Raihanah, 2014.

#PuisiSR #QuotesSR

Saturday, 8 March 2014

Freebies : Header Transparent (An Ordinary Girl)

Assalamualaikum.

Alhamdullilah, dapat juga idea nak buat freebies header untuk kali ni. Susah juga nak cari tajuk yang sesuai sebenarnya. Huhu. Akhirnya, beginiah hasilnya!

freebies, header, transparent, apple mints, blogger















Macam biasa, sebelum ambil mana-mana header di atas ni korang kena comment dulu ya? Terima kasih.



Cara untuk download : Klik gambar > Right click > Save!