Sunday, 2 March 2014

Cerpen : Hanya Kamu




CERPEN : Hanya Kamu


“Liss, itu bukan tunang kau ke? Kenapa dia keluar dengan perempuan lain? Siap berpeluk lagi.” kata Fira sambil tangannya menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang memeluk erat seorang wanita. Mendengar sahaja bicara Fira, Alissa Suraya terus meluru ke arah pasangan itu. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Matanya sudah mula terasa panas. Bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh.

“Apa yang you cuba buat ni? You cakap you dah tak ada kaitan dengan dia? Apa semua ni, Khai?” tanya Alissa Suraya dengan nada yang sedikit tinggi. Dibiarkan sahaja mata-mata yang memandang ke arah mereka berempat. Fira yang berada disebelahnya menggosok-gosok belakang badannya supaya bertenang, tetapi Alissa Suraya menepis dengan tangannya.

Belum sempat Mikahil mendapatkan Alissa Suraya untuk menyatakan hal yang sebenar, Alissa Suraya sudah berjalan pantas meninggalkan semua itu. Kereta terus dipandu menuju ke rumahnya. Mikhail pula turut mengejar Alissa Suraya dari belakang dengan keretanya.

Panggilan telefon yang berbunyi nyaring di dalam beg tangannya menyedarkan dia dari lamunan. Lenyap sudah peristiwa yang berlaku pada petang itu dari mindanya. Alissa Suraya memandang lama telefon bimbitnya itu. Nombor telefon yang terpamer membuatkan dia berfikir berkali-kali sama ada mahu menjawab atau pun tidak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu.

Hello.

Hello. Saya Inspektor Zamin. Boleh saya tahu siapa di sana? Saya ingin maklumkan bahawa Encik Mikhail terlibat dalam kemalangan. Kami telah pun menghubungi pihak ambulans dan Encik Mikhail telah pun dibawa ke Hospital Ampang Puteri.” terang Inspektor Zamin panjang. Berita yang baru didengarinya itu membuatkan dia berasa lemah. ‘Mikhail terlibat dalam kemalangan? Semuanya salah kau, Liss. Kau yang menyebabkan dia kemalangan!!!’ jerit hati Alissa Suraya. 

“Cik?” tanya Inspektor Zamin. Masih menanti jawapan untuk soalannya tadi.

“Err... Maaf. Saya Alissa Suraya, tunang kepada Mikhail. Macam mana dia boleh kemalangan ya? Baru kejap tadi saya bertemu dia.” tanya Alissa dengan nada yang cemas setelah sedar dari lamunannya.

“Macam ini lah cik. Cik datang di Hospital Ampang Puteri sekarang. Di sana nanti kami akan terangkan semuanya. Sebelum saya terlupa, tolong maklumkan kepada keluarga Encik Mikhail tentang keadaannya. Saya hubungi awak sebab awak merupakan orang terakhir yang dihubunginya.” ucap Inspektor Zamin.

“Baiklah, saya ke sana sekarang. Nanti saya akan cuba untuk hubungi keluarganya. Terima kasih.” balas Alissa Suraya. Tanpa menunggu lama, dia cepat-cepat bersiap ala kadar dan mula memandu menuju ke hospital yang disebutkan oleh Inspektor Zamin tadi. Dia bernasib baik kerana sudah mahir dengan selok belok kawasan di Kuala Lumpur. Jadi dia tidak akan mengambil masa yang lama untuk ke sana. Setelah hampir dua puluh minit berlalu, dia sudah sampai di hospital tersebut. Langkah diatur laju menjuju ke kaunter untuk bertanyakan tentang Mikhail.

“Saya Alissa Suraya. Macam mana dia boleh kemalangan ya? Bagaimana keadaan dia sekarang? Teruk ke?” tanya Alissa setelah ternampak kelibat beberapa orang yang memakai uniform polis.

“Doktor masih lagi sedang merawat dan memeriksa keadaan Encik Mikhail. Memandangkan cik dah sampai, kami minta diri dulu. Esok kami akan datang lagi untuk mendapatkan keterangan daripada Encik Mikhail..” kata Inspektor Zamin sebelum berlalu pergi setelah memberi sedikit penerangan tentang kejadian yang menimpa Mikhail.

Tidak lama selepas itu, doktor yang merawat Mikhail mula keluar dari wad kecemasan. Alissa Suraya cepat-cepat bangun mendapatkan doktor itu.

“Keluarga Encik Mikhail?” tanya doktor itu kepada Alissa Suraya. Fail yang diberikan oleh jururawat masih berada di tangannya. Dia hanya memandang sepintas lalu.

“Saya tunangnya. Keluarga Mikhail masih dalam perjalanan ke sini.” jelas Alissa Suraya panjang sambil berdiri dan melangkah menuju ke doktor berkenaan.

“Kalau macam tu, sila ikut saya.” kata doktor itu sambil menunjuk ke arah satu bilik. Mungkin bilik doktor itu. Tanpa bertanya ke mana, Alissa Suraya hanya mengikut langkah doktor itu.

“Jemput duduk, cik?” soal doktor itu sambil memandang Alissa Suraya. Dia memandang sepintas lalu laporan terkini tentang keadaan Mikhail yang diberikan oleh jururawat itu tadi.

“Saya Alissa Suraya, doktor. Bagaimana keadaan tunang saya?” tanya Alissa Suraya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi biru itu.

“Setelah saya melakukan pemeriksaan terhadap Encik Mikhail, tiada kecederaan yang teruk berlaku. Cuma, Encik Mikhail bernasib baik kerana kurang hentakan di kepalanya sewaktu kemalangan itu berlaku. Buat masa ini pihak hospital akan memantau Encik Mikhail sehingga dia pulih sepenuhnya. Mungkin dua tiga hari lagi dia boleh dibawa pulang.” terang doktor dihapannya itu satu per satu. Setiap penjelasan didengar oleh Alissa Suraya dengan penuh tekun. Sesekali kepalanya mengangguk tanda faham akan penjelasan itu.

“Baiklah. Terima kasih, doktor. Boleh saya jumpa pesakit sekarang?” tanya Alissa Suraya. Dia mahu melihat keadaan Mikhail saat itu. Ingin sekali dia meminta maaf atas apa yang berlaku. Dia yakin, Mikhail kemalangan kerana mengejarnya dengan kereta daripada belakang. Bukannya dia tidak tahu bahawa kereta Mikhail mengekorinya, namun Alissa Suraya hanya membiarkan.

Melihat anggukan doktor dihadapannya, Alissa Suraya lantas menghadiahkan senyuman.

“Saya minta diri dulu.” ucap Alissa Suraya ambil berjabat tangan dengan doktor itu. Doktor itu hanya menghadiahkan sebuah senyuman manis kepadanya.



You, I’m so sorry. Kalau tak disebabkan I mesti you tak jadi macam ni...” ucap Alissa Suraya perlahan sambil mengusap rambut Mikhail lembut. Mikhail yang masih tidur sedikit terkejut apabila ada tangan yang berada di kepalanya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Melihat wajah Alissa Suraya yang sayu membuatkan hatinya pedih. Dahulu dia pernah berjanji tidak akan membiarkan wanita itu sedih.

Hey, little girl... It is not your fault, okay? It’s my fault. I yang pandu kereta laju sampai jadi macam ni.” pujuk Mikhail sambil mengelus lembut lengan Alissa Suraya. Air mata yang mengalir di pipi wanita itu disapu dengan tangannya.

“Tapi...” Belum sempat dia menyambung bicara, jari telunjuk Mikhail sudah berada di bibirnya. Malas mahu bersoal jawab dengan Alissa Suraya.

“Shhhh...”

“Dah, lupakan semua tu. I tak suka tengok my little girl sedih macam ni. Smile, please?” pinta Mikhail sambil menyentuh dagu runcing Alissa Suraya.

Dengan sisa air mata yang masih berbaki, Alissa Suraya menghadiahkan senyuman buat Mikhail.

“Janji dengan I lepas ni jangan buat macam ni lagi. Risau tahu tak! Promise?” pinta Alissa Suraya kepada Mikhail. Dia sudah tidak sanggup menghadapi situasi sebegini lagi. Di dalam hati, dia berdoa agar ALLAH jauhkan mereka berdua daripada segala mala petaka.

Promise.” Mikhail pula menghadiahkan senyuman manis kepada Alissa Suraya. Lantas tubuh Alissa Suraya didakap dan dibawa ke dadanya.

I’m so sorry for what happen to you last few days. Mesti you kecewa kan? Yalah, I keluar dengan ex girlfriend I. Tambah pula sebelum I jumpa you, I tak dapat nak lupakan dia. Sorry, little girl...” ucap Mikhail dengan penuh syahdu.

Alissa Suraya tersenyum manis sambil membalas. “Yes, memang I kecewa masa tu. I nampak you peluk dia. Mestilah I fikir yang you masih sayangkan dia...” balas Alissa Suraya pula. Rambut Alissa yang dibiarkan lepas dielus perlahan oleh Mikhail. Alissa Suraya hanya membiarkan Mikhail berbuat begitu.

“Satu je kesalahan you, little girl. You tak nak dengar dulu penjelasan daripada I. Kalau you dah tahu awal-awal mesti tak akan jadi macam ni...” ucap Mikhail sambil memandang wajah Alissa Suraya lama.

“Okey, my bad...

Can you promise me something? Lepas ni kalau ada sesuatu yang you curious, make sure you tanya I dulu. I tak nak perkara macam ni berulang kembali. Boleh?” tanya Mikahil dengan penuh mengharap. Dia sudah menjelaskan semuanya kepada Alissa Suraya. Dia tidak mahu perkara sebegitu berulang lagi. Rupanya pada petang itu, Shakila dan Mikhail bertemu secara tidak sengaja. Shakila menceritakan semua masalahnya dengan teman lelaki barunya kepada Mikhail. Tanpa pamit, Shakila memeluk erat tubuh Mikhail.

Anything for you, Khai...”


“Kalau you perlukan apa-apa, beritahu I. I will be your ‘nurse’ today.” ucap Alissa Suraya sambil membetulkan kedudukan Mikhail.

I nak you boleh?” soal Mikhail sambil mengenyitkan sebelah matanya. Alissa Suraya membulatkan matanya setelah mendengar bicara Mikhail. Mikhail yang melihat raut wajah tunangnya yang sebegitu, hanya ketawa perlahan.

You already have me. Remember this?” balas Alissa Suraya sambil menunjukkan jarinya yang tersarung cincin. Mikhail tersenyum bangga mendengar jawapan Alissa Suraya.




*********


Beberapa bulan kemudian....


“Hah, ingat kat siapa tu?” sergah Mikail sambil mencuit hidung mancung milik Alissa Suraya. Alissa Suraya mencebik dan mula mengalihkan pandangannya ke arah luar.

“Hey... Kenapa ni? Abang yang handsome kat sebelah pun tak nak pandang ke? Hmm...” pujuk Mikhail. Dia tahu Alissa Suraya merajuk kerana tidak membenarkan dia bekerja. Sedangkan dia sudah pun menyiapkan kejutan untuk isteri tersayang.

I hope this will make you smile...” ucap Mikhail sambil memberikan satu sampul kepada Alissa Suraya. Alissa Suraya yang pada awalnya tidak mahu mengambil kisah, akhirnya mengambil juga sampul bewarna putih itu.

Sampul itu dibuka perlahan. Mikhail yang masih setia di sisi Alissa Suraya hanya memandang setiap gerak-geri isterinya itu.

Alissa Suraya melompat kegembiraan tatkala melihat isi yang terkandung di dalam sampul surat itu. “Thanks a lot, abang...” tutur Alissa Suraya sambil memeluk tubuh Mikhail. Mikhail membalas pelukan isterinya. Dia sendiri sudah menyangka itu reaksi Alissa Suraya. Terkejut Alissa Suraya membaca surat itu. Tawaran sambung belajar di Universiti yang menjadi impiannya suatu ketika dahulu. Dia langsung tidak pernah menyangka bahawa Mikhail menyediakan semua ini untuknya. Alissa Suraya sudah tidak tahu bagaimana mahu berterima kasih kepada Mikhail atas segala pengorbanan lelaki itu.

Abang bukannya tak benarkan sayang bekerja, abang cuma nak sayang sambung belajar dulu. Lepas graduate nanti baru fikir soal kerja, okey?


I have a good news to you too....” tutur Alissa Suraya setelah dia mengangguk setuju dengan permintaan Mikhail. Dia sebenarnya sudah tidak sabar untuk memberitahu Mikhail tentang kehamilannya. Pagi tadi, dia telah menjalankan pemeriksaan di klinik berdekatan tanpa pengetahuan Mikhail. Doktor mengesahkan bahawa dia telah mengandung empat minggu.

What?” soal Mikhail kehairanan. Keningnya juga diangkat. Ingatkan dia sahaja yang ada berita gembira. Isterinya juga begitu. Dia sendiri tertanya-tanya apakah berita itu.

We will have a baby!!!” ucap Alissa Suraya dengan penuh yakin. Mikhail yang mendengar sudah terlompat. Gembira barangkali.

Seriously? I will be a father soon?” tanya Mikhail kepada Alissa Suraya untuk mendapatkan kepastian.

“Ya, abang. Liss dah mengandung empat minggu. Doktor yang sahkan pagi tadi. And, I’m sorry sebab keluar rumah tanpa minta izin abang terlebih dahulu...Liss nak buat surprise untuk abang...”

It’s okay, sayang. Lepas ni jangan buat lagi. Nak pergi mana-mana kena report kat abang. Dosa tau keluar tanpa izin suami. One more, sayang tu dah mengandung sekarang ni. Jaga baby kita baik-baik. Abang tak mahu ada perkara buruk kepada Liss dan baby kita...” pesan Mikhail panjang lebar sambil mengusap perut Alissa Suraya yang masih kempis itu.


Yes, boss!” usik Alissa Suraya sambil tangannya menabik hormat ke arah suami tersayang. Tidak lama kemudian, dia berlari meninggalkan suaminya. Mikhail dengan pantas berlari mendapatkan Alissa Suraya dan dibawa ke dakapannya. Mulai saat ini, hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih bermakna dan bahagia buat dia sekelurga.

“Okey, malam ni abang akan masak untuk makan malam. Sayang duduk je, okey?” kata Mikhail sambil berlalu pergi menuju ke dapur.

“Eh, pandai ke abang masak? Tak pernah pun abang masak sebelum ni. Tak apa lah, nanti jadi lain pula... Liss masak ya?” ucap Alissa Suraya kepada Mikhail yang sedang sibuk mengeluarkan beberapa bahan untuk memasak.

Hello, ingat abang tak pandai masak ke?”

Let’s begin the show...” ucap Mikhail yang sudah bersiap sedia dengan apron di badan. Tanpa melengahkan masa, dia mula memotong bahan-bahan yang tersedia di meja. Alissa Suraya sudah tergamam melihat tingkah suaminya. Gayanya seperti sudah mahir dalam bidang itu. Mungkin dia sering memasak sewaktu hidup membujuang dahulu, telah Alissa Suraya.

“Terima kasih ya ALLAH atas segala nikmat dan rezeki yang telah engkau berikan kepada kami. Akan ku jaga dan ku didik isteri dan anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah serta patuh kepada ajaranMu. Amin.”





"Alhamdullilah, selesai sudah menaip cerpen untuk pertandingan menulis cerpen anjuran Rafina Mimi Abdullah. Ini merupakan cerpen pertama Syaza, maaf kalau ada terlalu banyak kekurangan dan kesalahan dalam cerpen ini. Syaza masih dalam proses untuk belajar."




8 comments :

  1. Ehehehehe qila baca lah ni hihihi
    sampai ke sudah huhuhuhu.
    Tulah lainkali jgn jump to conclusion ehehehe.
    Qila ingat hilang ingatan or mati dah tadi hikhik.
    Nasibaik happy ending ekekekek xD
    <3
    nice lah kak syaza <3
    first cerpen in blog ive ever read in 2014! :) Thank you!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww, so sweet of you. Apa-apa pun, thanks for that comment. Terharu sangat :D <3

      Delete
  2. cerpen yang sangat menarik tertarik kau memang deboom...hehe xD
    syok betul saya baca , tau tau je dah sampai happy ending .
    Btw , goodluck yaa ! :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, thanks for your comment. Really appreciate it :D

      Delete
  3. done baca. ingatkan khai tu betul2 curang. rupanya slh fhm ye. nasib khai x cedera teruk sbb ingatkan dia teruk. conclusion is, apa yg Jie bayangkan semua tak menjadi. so setiap kali baca, setiap kali rasa nak baca lagi. means you are good in writing. first cerpen? wow. keep it up.

    p/s ; ok. 2014. 2016 baru nak baca *nangis tepi katil* hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading! Yup, it was my first cerpen. More will be update in future. Thank you for the compliments, sangat-sangat membantu kembalikan semangat nak menulis balik. Its okay kalau baca 2016 pun. Hehe. I have another blog just for my writing actually. But, private it. InsyaAllah lepas ni akan kembali aktif? Who knows...

      Delete
    2. no problems akak. kita sama-sama fight ok? kembalikan semangat menulis tu. hehe. tak sabar nak baca karya akak lagi. :) oh , nanti bagitau jie link blog tu. boleh kita bertukar pendapat. ^^ make sure akak kena aktif ! :D

      Delete
    3. InsyaAllah. I will try my best. Soon, okay? Hehe

      Delete