Sunday, 16 March 2014

Shiseido Mask.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk entry kali ni, Syaza nak cerita tentang Shiseido Mask yang pernah hangat di pasaran satu ketika dahulu.(Sekarang still hangat kot). Untuk pengetahuan semua, Syaza dah pernah cuba beberapa kali Shiseido Mask ni. Hasilnya, memang memuaskan hati. Tak rugi cuba dan yang paling penting, MURAH!



Antara jenis-jenis Shiseido Mask


Selepas menggunakan Shiseido Mask



Kepada sesiapa yan masih tak tahu Shiseido Mask tu macam mana rupanya, boleh tengok gambar atas ni. Mesti ada yang pernah cuba kan?

Shiseido Mask

Di buat dari kolagen disertai elemen mineral laut dalam. Masker dengan kandungan nutrisi paling lengkap. Perawatan kecantikan menggunakan lumpur Laut Mati sebagai masker wajah sama dengan memberi suapan makanan 'bergizi' pada kulit yang dapat merawat keindahan kulit. Kelebihan lainnya, semua toksin yang terdapat pada sel kulit akan terangkat, sehingga kulit lebih bersih dan segar sekaligus halus dan kencang. Masker ini merupakan masker kegemaram para doktor kulit, kerana hasilnya nyata dan langsung tampak dalam 1 kali perawatan. Biasa disebut oleh mereka sebagai "Masker Pembersih Total" . Perawatan menggunakan masker ini selain mencerahkan dan memutihkan kulit, menghilangkan noda bekas jerawat juga merangsang pembentukan kolagen dan elastik pada jaringan kulit, sehingga kulit anda akan lembab, kenyal dan pori-pori kulit wajah juga mengecil. Rawatan yang tepat untuk melawan tanda tanda penuaan awal.


Kebaikan :
  • Dapat menghilangkan dan mengurangkan blackhead & whitehead dan juga kekotoran di wajah.
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Mengurangkan kedutan, anti penuaan dan mencerahkan wajah.
  • Menanggalkan sel kulit mati

Cara Pemakaian :

1 paket boleh dipakai 2-3 kali, jangan guna 1 paket sekali pakai, memadai hanya pakai sederhana tebal sahaja.
  1. Bersihkan wajah. 
  2. Steam wajah dgn air panas selama sekurang-kurangnya 10-15 minit. 
  3. Ini bertujuan untuk membesarkan pori-pori dan memudahkan pembersihan jeragat. 
  4. Biarkan wajah kering baru sapu mask. 
  5. Sapukan masker. Hindari kawasan sekitar mata, alis, bibir, dan anak rambut.
  6. Tunggu sampai masker kering. (20-30 minit)
  7. Setelah masker kering, tarik masker tersebut dari bahagian bawah ke atas.
  8. Bilas sehingga bersih.
  9. Sapukan toner atau air sejuk pada wajah untuk menutup kembali pori-pori muka. Boleh juga menggunakan masker biasa.

10 comments :

  1. Wah perkongsian yang bagus :)

    Jemput singgah blog saya ye awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. Hihihi qila baru je beli dari Instagram @Lazerrashop tak silap hehehe <3
    murah sangat.
    50pcs - RM30 including postage :) <3

    ReplyDelete
  3. Jarang nak ada masa ber'masking shisheido sgt. Bizi dengan kerja n menguruskan hal rumah

    ReplyDelete
  4. pernah pakai,lepas tu muka rasa lembut..
    tpi nak nak tanggal lepas pakai tu seksa noo!hahaa..
    sampai mengalir air mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. I feel you. Lagi-lagi kalau mask tu kena area kening. Huhu

      Delete
  5. Leleh air mata time nak cabut masker tuuu...

    ReplyDelete
  6. pakai jugak.. tp jenama nivea...

    ReplyDelete
  7. pernah guna this one. mmg elok. but funnily, the ones in the tube tak se mujarab yg dlm small pack ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tak tahulah sekarang boleh jumpa lagi or tak mask ni. Hmm

      Delete