Friday, 9 May 2014

What I Bought at KLIBF 2014

Assalamualaikum.

Long time no see... Hahaha

Ada yang masih tidak tahu mengenai PBAKL2014? Meh sini SR nak cerita. PBAKL2014 merupakan Pesta Buku Antarabangsa 2014 yang sedang berlangsung dari 24 April 2014 hingga 5 Mei 2014 yang lalu di PWTC, KL. Lama kan? Banyak kelebihan yang korang akan dapat, kalau pergi ke PBAKL. Antara, diskaun. But SR tak pastilah banyak mana diskaun yang ditawarkan. PBAKL diadakan setiap tahun. Dengan ini semua warga Malaysia dapat berkumpul demi matlamat iaitu membaca dan menambah ilmu pengetahuan.

Untuk kali ni, SR pergi dua hari berturut-turut. Sounds amazing, right? Banyak jugalah SR borong. Yang pasti, novel merupakan benda pertama yang ada dalam senarai setiap kali SR pergi PBAKL ni. Kali ni borong novel dekat booth Fajar Pakeer. Dalam booth FP ni, banyak penerbit novel yang ada. Antaranya, Karya Seni, Penulisan2u even Fajar Pakeer punya novel pun ada dijual disini.

Untuk pengetahuan korang, SR dah list awal-awal novel yang SR nak beli. Maklumlah, umur semakin meningkat. Mudah lupa. Lagipun penyakit lupa SR semakin menjadi-jadi sekarang ni. So, dengan senaraikan list novel, SR tak lupa dah apa yang nak dibeli. Yay :D Alhamdullilah, SR dapat semua novel yang SR nak sangat menjadi koleksi simpanan. Setiap novel yang SR beli majoritinya ada sebab kenapa SR beli.

Antara yang menjadi koleksi terbaru SR ialah :-

1. Teman Lelaki Upahan


Penulis novel ni SR pernah jumpa dia di PBAKL 2012. So far semua novel dia SR beli cuma Teman Serumah je yang SR tak pernah grab lagi. Masih mencari. Apa yang SR perasan, ada perubahan dari novel kedua dan seterusnya. Means, gaya penulisan, cerita, semua dah mula berubah ke arah yang lebih baik. Good job. Tak sabar nak baca novel ni. Huhu. Korang juga boleh baca novel ni di blog penulis dan penulisan2u

2. Bakal Isteriku Gangsternya!


Hah, novel ni special sikit. Actually, SR dah pernah baca novel ni sebelum ni. Kalau tak percaya, boleh ke [link] Kat situ Sr dah share maklumat tentang novel ni. Korang boleh baca kat situ. Ni semua gara-gara adik SR yang bawa balik novel kawan dia kat rumah. SR ingat lagi waktu baca novel ni. Satu malam sibuk menghadap novel ni sampai esok pagi kat sekolah tak cukup tidur. Huhu. Apa yang SR boleh cakap, novel ni memang THE BEST

3. Kahwin 6 Bulan Aje?



SR baru tahu yang penulis novel ni adalah orang yang sama dengan penulis novel Bakal Isteriku Gangsternya! OMG! Comfirm novel Kahwin 6 Bulan Je? pun best juga. Can't wait to read it!!!! AnaBella will be one of my favourite writer ever! Lepas ni mana-mana novel karya Anabella, SR akan cuba untuk grab!

4. Isteriku 19 Tahun



Saje beli sebab sinopsis macam best. Hee

5. Eksperimen Cinta



Ada orang cerita, kata novel ni best. Baca sinopsis pun macam best je. So, why not try baca kan? Hehe

6 & 7. Lawak Kampus Jilid 19 dan 20



7 buah buku yang diborong pada hari pertama SR ke PBAKL 2014. Kalau hari pertama majoritinya semua novel keluaran Fajar Pakeer, untuk hari kedua pula majoritinya keluaran Karangkraf. Nak tahu hari kedua SR beli apa? Jeng. Jeng. Jeng.

1. Kasih Yang Suci



Kalau korang semua ingat lagi, novel Kasih Yang Suci merupakan novel adapatasi drama Nora Elena. Alaaa, lakonan Aaron Aziz dengan Siti Saleha tu.... Dah ingatkan? Rindu nak tengok watak Seth Tan dan Nora Elena. Tak sabar nak baca. Hehe.

2. Setia Hujung Nyawa



Novel ni pun sama. Adaptasi drama Setia Hujung Nyawa lakonan hebat Amar Asyraf dan Nelydia Senrose. Actually sejak drama SHN ditayangkan di kaca televisyen lagi SR dah pasang niat nak beli novel ni. Tapi, tak kesampaian. Now, I have it! Yay!

3. Cinta Separuh Mati



4 & 5 Majalah Rapi Keluaran 15 April 2014 dan 1 Mei 2014

I don't know why lately ni semakin membuak-buak rasa untuk menjaga kesihatan diri. Teringin nak diet. Teringin nak kurus/turun kan berat badan. Hahaha. Sound nonsense. Sejak bila ntah SR dah pandai nak jaga badan ni. Huhuhu. Harapnya majalah Rapi ni dapat membantu newbie macam SR yang sedang mencuba untuk menjaga badan. Hehe


Tak tahulah bila dapat habiskan semua novel ni. Ambil masa lebih sikit. Sekarang ni pun dah tak tahu nak baca yang mana satu sebab semuanya macam best. Huhu. Dan SR baru je habis baca Kasih Yang Suci, Isteriku 19 Tahun dan Bakal Isteriku Gangsternya! BIG SR dah review sebelum ni. Boleh baca di [link]. Untuk KYS dan I19T pula nanti SR update ya? InsyaAllah, once I had finish reading one of the novel that I bought, I will review it. Keep on waiting!



5 comments :

  1. Heyyy kita pena jumpa ye dear... 2012... 1st time sy turun pbakl as a writer. Thx 4 ur support. Hope awal akan suka TLU. Enjoy ur reading... Jgn lupa bg review yer. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, nanti SR review ya? Tunggu.... Terima kasih sudi singgah sini ^^

      Delete
  2. Oh-oh... Sorry dear... Akak baru perasan SR stand for syaza raihana... Of cos akak igt awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, SR stand for Syaza Raihanah. Nasib baik akak ingat lagi.... Hee :D

      Delete