Tuesday, 1 July 2014

Takut kucing?



Mungkin ada diantara korang semua yang suka dan tidak suka kepada haiwan comel ni kan?

Untuk pengetahuan korang, dulu SR suka sangat kucing. Sekarang ni pun suka juga. (As long as kucing tu tak kejar, gesel, cakar and everything). Bukannya apa. Peristiwa dulu membuatkan SR jadi takut dengan kucing. Kalau kucing tu terlalu hyper lagi lah SR akan cuba elak. Takut plus serik dah nak dekat dengan kucing yang jenis macam tu.

Bila teringatkan balik kisah zaman kanak-kanak dulu, boleh gelak seorang diri. Bayangkan eh... Nak dijadikan cerita time tu ada kat kampung. Tengah happy happy berlari sambil menghayun cawan plastik ke hulu hilir, tanpa disedari ada sesuatu mengekoriku dibelakang. Tambah mengejutkan, bila kucing tu melompat dan cuba mencapai cawan yang SR pegang tu. I was... "Eh, janganlah. Pergilah tempat lain!" Menjerit masa tu bila kucing tu kejar. Bila dah sedar ada kucing yang tengah kejar kat belakang, terus perlahan jalan. Tapi, kucing tu tetap degil nak ikut juga. Haih, sabar je lah. Siapa yang ada di tempat kejadian dah gelak sakan. Sedih je.... Sampai SR nak menangis dibuatnya. Hmm.

Sekarang ni, bukannya takut kucing. Cuma SR trauma. Haha. Seriously, SR dah serik kena kejar dengan binatang yang comel tu. If it is a kitten, boleh juga bawak bermain. Kalau dah besar, jangan haraplah. Saya dah serik.

Beberapa tahun yang lalu, SR pernah jumpa anak kucing ni kat lobby rumah. Seriously, that kitten was so cute. SR siap beri dia nama lagi tau! I call that kitten Kitty. Ingatkan nak bawak balik then bela Kitty. Tapi, atas sebab-sebab tertentu SR tak dapat nak bela Kitty. Dalam tiga hari juga lah asyik jumpa Kitty kat lobby rumah sebelum naik ke rumah. Selepas hari ketiga, Kitty dah tak ada. SR pun tak sure sama ada Kitty merayau ke tempat lain, ada orang bela or dah takde. Hmm. Maybe bukan rezeki SR nak jaga Kitty, kan? Its okay.

Itulah sedikit sebanyak kisah SR dengan kucing ni. Setiap orang mesti ada pengalaman masing-masing dengan kucing ni kan? Kalau ada yang tak suka kucing pun mesti bersebab kan? Betul tak?


See you in the next entry. Enjoy!

7 comments :

  1. oh moo .. niesa memang takut kucing .. geli ~~

    ReplyDelete
  2. Nik memang takut sangat kat kucing . Teringin juga nak 'rapat' dengan kucing .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same to me. Tp perasaan takut menguasai diri... Hehe

      Delete
  3. Comelnya kucing dalam gambar tu !! Kalau takut kucing tu takde lah sangat.. sampai kena marah ngan parents sebab sentuh kucing kedai :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Comel sangat!
      Biasalah tu, maybe sebab takut jadi apa-apa kot. Hehe

      Delete
  4. kite peminat fanatik kucing. hehe

    ReplyDelete