Sunday, 10 August 2014

Petua : Hilangkan Bintik Hitam dan Putih Di Muka

Assalamualaikum.

Hari ni bangun tidur dengan muka yang tak berapa nak licin. Bila pegang hidung, rasa macam kasar je. Maybe dah lama tak buat treatment muka. Huhu. Dulu rajin juga selongkar dapur cari bahan untuk buat masker, scrub and so on. Kalau ada masa terluang, mesti SR dah buat. 

So, sekarang ni tengah free. SR nak share petua untuk hilangkan bintik hitam, putih dan sewaktu dengannya. Petua yang bakal SR kongsi ni bukanlah berhasil 100% ya. Maybe kurang or lebih daripada 50%. Bergantung kepada setiap individu.

Jom mula!

Pertama sekali, sebelum korang buat apa-apa, mestilah ada bahan-bahannya kan? Jom tengok apa yang diperlukan untuk buat petua ni.



1. Semangkuk air panas.

2. Sebiji telur ayam. Asingkan telur putih dan telur kuning. (Guna telur putih sahaja)

3. Beberapa helai tisu muka. (Ikut koranglah. Kalau SR, 2-3 helai dah cukup)

4. Bahan sampingan : Berus mekap dan gunting.


Itu sahaja yang korang perlukan. Senang kan nak cari bahan-bahan tu? Semuanya ada kat rumah. Betul tak? Hehe. Kalau korang dah ada semua bahan-bahan tu, boleh lah get ready untuk buat masker.

1. Tisu kan ada dua lapis. So, korang pisahkan tisu tu menjadi selapis-selapis. Means, kalau tisu tu 3 helai, maknanya ada enam lapis kan? Koyak/gunting tisu tersebut menjadi saiz yang kecil. Boleh refer gambar di bawah.




2. Basuh muka dengan pencuci muka kegemaran korang. Lap muka sehingga kering dengan tuala bersih.

3. Steamkan muka. Caranya, dekatkan muka dengan wap air panas dalam mangkuk tu selama 10-15 minit. Steamkan muka ni dapat membuka liang roma pada muka. Kemudian, lap muka dengan tuala sekali lagi.

4. Sapukan muka dengan telur putih yang telah diasingkan tadi. Kemudian, letakkan tisu yang dah dikoyakkan pada muka yang sudah disapu telur putih.

5. Ulang proses diatas sehingga memenuhi muka. 

6. Tunggu sehingga tisu itu betul-betul kering. Mungkin lebih kurang 20-30 minit macam tu.

7. Part yang paling best. Bila dah betul-betul kering, cabut tisu tu perlahan-lahan.

8. Basuh muka dengan air sejuk untuk menutup semula liang roma pada muka.


Tisu tadi tu jangan buang lagi ya? Korang akan nampak ada bintik-bintik putih dan hitam serta liang roma yang melekat pada tisu tu. Thats mean, misi korang untuk membuang bintik putih dan hitam telah berjaya. Yay. SR dah cuba, hasilnya memang menakjubkan! Korang bila lagi? Good luck!



Segan nak letak muka yang penuh dengan tisu dalam entry ni. Hehehehe


23 comments :

  1. waaa...SR,Ira nak cuba lahhh..mcm best je..=) tq sharing! =)

    ReplyDelete
  2. wah..boleh cuba ni..tq share tips ni..

    ReplyDelete
  3. Kalu bleh nk kene ulang brape kali..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulang no.4 sehingga tisu dah penuh satu muka. Biasanya SR buat dua kali round :)

      Delete
    2. kalau campur lemon pd putih telur tu boleh ke sis?

      Delete
    3. Sure, boleh. Lemon pun ada khasiatnya sendiri. Which is mencerahkan kulit :)

      Delete
  4. Replies
    1. Tak galakkan sangat. At least seminggu sekali..

      Delete
  5. Hidung saya licin lepas buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah, terima kasih sebab mencuba :)

      Delete
  6. Tapi bukan tak elok ke pakai tisu , sbb debu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu tak pastilah pulak. Tapi kalau tak nak guna tisu boleh ganti dengan kapas. Cuma ambil masa sikitlah nak kering. Dan mungkin bintik hitam/putih tu tak dapat ditarik sama seperti menggunakan tisu.

      Delete
  7. Replies
    1. Maksud awk, berapa round kena lapiskan atau berapa round kena buat tips ni?

      Kalau lapiskan, SR galakkan 2/3 kali lapisan supaya nanti senang dan cepat kering. Dan tips ni digalakkan buat seminggu sekali :)

      Delete
  8. seriuslahhh berhasil????? nanti nak try!! thanks for sharinggggggg

    ReplyDelete
  9. yang ni tak pernah try lagi..insya'Allah boleh try nanti ^ ^

    ReplyDelete
  10. Boleh cubaa ni.hehe thanks for info 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  11. Dulu2 pun penah buat gak..tapi pakai kapas muka yg petak tu..:-)

    ReplyDelete