Sunday, 25 May 2014

Tutorial : Make Your Own Ringtone.

Assalamualaikum.



Hari ni nak share tutorial yang SR selalu buat. Iaitu tutorial untuk buat ringtone sendiri. Maklumlah, kadang-kadang susah nak jumpa ringtone lagu yang kita minat kan? So, bolehlah cuba tutorial ni. Maybe boleh bantu korang.


Follow these steps :-


2. Klik Browse A File or Upload By URL. Kemudian pilih lagu yang korang suka.

3. Tunggu sehingga selesai upload dan proses file. Bila dah selesai semua tu, korang boleh lah edit bahagian mana dalam lagu tu untuk dibuat ringtone.

4. Habis je korang edit ringtone, klik Make A Ringtone. 

6. Okay, nanti bila keluar satu pop up, korang right click pula bahagian Download Ringtone then save link as.

7. Done!


Senang kan? Cuma korang kena bersabar dan kena tadah telinga dengar lagu tu berulang-ulang kali. Hehe. Kalau ada mana-mana part yang tak faham, boleh tanya k? Selamat mencuba!


Monday, 12 May 2014

Quotes #3 : Memories by SR



At this time
I wish you were here with me
Spent our time together
Laugh as much as we want
And
Do everything together without any worries.

But
It won't happen.

My hope to you was too high
And I'll never get it
Even I try for many times
It won't be changed.



Maybe this is the right time for me 

To move on
To go away 
And
Leave everything behind.



Then

start a new life
Without you by my side.



Friday, 9 May 2014

What I Bought at KLIBF 2014

Assalamualaikum.

Long time no see... Hahaha

Ada yang masih tidak tahu mengenai PBAKL2014? Meh sini SR nak cerita. PBAKL2014 merupakan Pesta Buku Antarabangsa 2014 yang sedang berlangsung dari 24 April 2014 hingga 5 Mei 2014 yang lalu di PWTC, KL. Lama kan? Banyak kelebihan yang korang akan dapat, kalau pergi ke PBAKL. Antara, diskaun. But SR tak pastilah banyak mana diskaun yang ditawarkan. PBAKL diadakan setiap tahun. Dengan ini semua warga Malaysia dapat berkumpul demi matlamat iaitu membaca dan menambah ilmu pengetahuan.

Untuk kali ni, SR pergi dua hari berturut-turut. Sounds amazing, right? Banyak jugalah SR borong. Yang pasti, novel merupakan benda pertama yang ada dalam senarai setiap kali SR pergi PBAKL ni. Kali ni borong novel dekat booth Fajar Pakeer. Dalam booth FP ni, banyak penerbit novel yang ada. Antaranya, Karya Seni, Penulisan2u even Fajar Pakeer punya novel pun ada dijual disini.

Untuk pengetahuan korang, SR dah list awal-awal novel yang SR nak beli. Maklumlah, umur semakin meningkat. Mudah lupa. Lagipun penyakit lupa SR semakin menjadi-jadi sekarang ni. So, dengan senaraikan list novel, SR tak lupa dah apa yang nak dibeli. Yay :D Alhamdullilah, SR dapat semua novel yang SR nak sangat menjadi koleksi simpanan. Setiap novel yang SR beli majoritinya ada sebab kenapa SR beli.

Antara yang menjadi koleksi terbaru SR ialah :-

1. Teman Lelaki Upahan


Penulis novel ni SR pernah jumpa dia di PBAKL 2012. So far semua novel dia SR beli cuma Teman Serumah je yang SR tak pernah grab lagi. Masih mencari. Apa yang SR perasan, ada perubahan dari novel kedua dan seterusnya. Means, gaya penulisan, cerita, semua dah mula berubah ke arah yang lebih baik. Good job. Tak sabar nak baca novel ni. Huhu. Korang juga boleh baca novel ni di blog penulis dan penulisan2u

2. Bakal Isteriku Gangsternya!


Hah, novel ni special sikit. Actually, SR dah pernah baca novel ni sebelum ni. Kalau tak percaya, boleh ke [link] Kat situ Sr dah share maklumat tentang novel ni. Korang boleh baca kat situ. Ni semua gara-gara adik SR yang bawa balik novel kawan dia kat rumah. SR ingat lagi waktu baca novel ni. Satu malam sibuk menghadap novel ni sampai esok pagi kat sekolah tak cukup tidur. Huhu. Apa yang SR boleh cakap, novel ni memang THE BEST

3. Kahwin 6 Bulan Aje?



SR baru tahu yang penulis novel ni adalah orang yang sama dengan penulis novel Bakal Isteriku Gangsternya! OMG! Comfirm novel Kahwin 6 Bulan Je? pun best juga. Can't wait to read it!!!! AnaBella will be one of my favourite writer ever! Lepas ni mana-mana novel karya Anabella, SR akan cuba untuk grab!

4. Isteriku 19 Tahun



Saje beli sebab sinopsis macam best. Hee

5. Eksperimen Cinta



Ada orang cerita, kata novel ni best. Baca sinopsis pun macam best je. So, why not try baca kan? Hehe

6 & 7. Lawak Kampus Jilid 19 dan 20



7 buah buku yang diborong pada hari pertama SR ke PBAKL 2014. Kalau hari pertama majoritinya semua novel keluaran Fajar Pakeer, untuk hari kedua pula majoritinya keluaran Karangkraf. Nak tahu hari kedua SR beli apa? Jeng. Jeng. Jeng.

1. Kasih Yang Suci



Kalau korang semua ingat lagi, novel Kasih Yang Suci merupakan novel adapatasi drama Nora Elena. Alaaa, lakonan Aaron Aziz dengan Siti Saleha tu.... Dah ingatkan? Rindu nak tengok watak Seth Tan dan Nora Elena. Tak sabar nak baca. Hehe.

2. Setia Hujung Nyawa



Novel ni pun sama. Adaptasi drama Setia Hujung Nyawa lakonan hebat Amar Asyraf dan Nelydia Senrose. Actually sejak drama SHN ditayangkan di kaca televisyen lagi SR dah pasang niat nak beli novel ni. Tapi, tak kesampaian. Now, I have it! Yay!

3. Cinta Separuh Mati



4 & 5 Majalah Rapi Keluaran 15 April 2014 dan 1 Mei 2014

I don't know why lately ni semakin membuak-buak rasa untuk menjaga kesihatan diri. Teringin nak diet. Teringin nak kurus/turun kan berat badan. Hahaha. Sound nonsense. Sejak bila ntah SR dah pandai nak jaga badan ni. Huhuhu. Harapnya majalah Rapi ni dapat membantu newbie macam SR yang sedang mencuba untuk menjaga badan. Hehe


Tak tahulah bila dapat habiskan semua novel ni. Ambil masa lebih sikit. Sekarang ni pun dah tak tahu nak baca yang mana satu sebab semuanya macam best. Huhu. Dan SR baru je habis baca Kasih Yang Suci, Isteriku 19 Tahun dan Bakal Isteriku Gangsternya! BIG SR dah review sebelum ni. Boleh baca di [link]. Untuk KYS dan I19T pula nanti SR update ya? InsyaAllah, once I had finish reading one of the novel that I bought, I will review it. Keep on waiting!



Saturday, 3 May 2014

D.I.Y : Cara Mengelakkan Zip Seluar Daripada Jatuh

Assalamualaikum.

SR rasa ramai yang menghadapi masalah yang sama apabila memakai seluar jean mahupun slack. Masalah yang selalu timbul ialah, zip tidak dapat berfungsi dengan baik. Maknanya, selalu sangat zip seluar jatuh dan terbuka. Kalau orang nampak, malu tau! Hehe

Cara yang paling senang untuk menyelesaikan masalah ini ialah :-

Tetapi sebelum tu, korang memerlukan tempat gantung keychain tu. Alaa, yang bulat tu. Hehe.

Jom mula!





Tara!!! Senang, mudah dan cepat. Tunggu apa lagi, cepat pergi buat. Satu masalah, selesai!