Friday, 17 April 2015

Bila Sakit...


Bila Sakit... | Hopefully korang semua berada dalam keadaan yang sihat. Bukan macam SR. Tetiba je sakit. Tapi takpelah. Sakit itu kan penghapus dosa. Betul tak? Kelmarin SR dah mula rasa sakit tekak. Actually, memang macam tu pun. Kalau nak sakit, mesti mula dengan sakit tekak dulu. Lepas tu, datanglah segala macam penyakit lain seperti pening kepala, demam, batuk, dan selsema. Package semuanya! Hari pertama tu hanya sakit tekak. Tapi, bila esoknya terus dapat headache, demam, selsema dan batuk. Hmm. Semalam sampai rumah terus cari katil, nak rehatkan badan. Tertidur sampai Mama dan Papa balik. Tahu je Mama dah balik, terus mengadu kat Mama kata demam. (Manja tak?) Lepas tu Mama suruh makan ubat. SR ambil 2 biji Paracetamol petang semalam sebab badan panas giler. Takut kena Denggi je.

Maghrib semalam still pening kepala, tapi dah kurang sikit sakitnya. Malam tu makan dengan penuh berselera. Orang lain kalau demam punyalah takde selera nak makan, but not for me. Get it? Hehe. Lepas makan siap teman Mama dan Papa pergi shopping lagi. Hah, demam dah okey ke? Belum. Alaa, jangan bagi muka sangat bila sakit ni. Nanti makin melarat. At least bila bergerak sana sini dapat juga berpeluh dan hilangkan panas badan. Betul tak?

Dan pagi ni, Demam still ada lagi. Hopefully by this weekend dah okey. Aminn.

Okey, entri kali ni sangatlah pointless, Sakit pun nak share kat blog. Hahaha.

See you in the next entry. Xoxo

3 comments :

  1. Kita pun baru recover from cough & flu a few weeks ago. Cepat sembuh my dear!

    ReplyDelete