Tuesday, 15 December 2015

Atasi Insomnia



Nak tanya sikit. Pernah tak alami situasi dmana kita terlalu mengantuk dan nak tidur tetapi susah sangat untuk kita tidur mahupun pejamkan mata? Dalam erti kata lain, insomnia. SR selalu sangat alami perkara ni sejak dah habis study ni. Masa untuk tidur pun dah tak menentu. Kalau waktu jadi student dulu, SR akan tidur dalam pukul 10-11. Tapi dah habis belajar ni, 2-3 pagi pun masih lagi berjaga. Hmm

Sebenarnya bukan niat nak stay up ke apa tapi mata ni memang susah sangat nak pejam walaupun dah macam-macam cara kita cuba. Tapi jangan risau. SR ada beberapa cara nak atasi perkara tersebut.

  • Install aplikasi "Relas Melodies : Sleep & Yoga" di Play Store/App Store.
credit to google

Caranya senang sahaja. Dalam aplikasi tersebut ada pelbagai jenis melodi yang indah dan sedap didengar. So, pilihlah mana yang berkenan dan sedap didengar. Kalau SR setiap malam SR akan dengar River dan Music Box. Korang boleh buat melodi ikut kesukaan sendiri. Jangan risau, guna satu melodi atau lebih pun boleh!

Selain daripada tu, korang juga boleh  set timer selama mana korang nak melodi itu dipasang. Kalau SR, biasanya dalam 10-15 minit je. Dalam tempoh masa tu comfirm punyalah SR dah tidur. Tick Close App When Timer Ends kalau taknak bateri phone habis sebab dengar lama sangat.

So far SR guna apps ni memang berkesan. Rasa tenang je bila dengar melodi-melodi alam sekitar dan sebagainya. Dan kalau boleh guna earphone, baru syok. Huhu

  • Sapu Minyak Angin Cap Kapak di kepala.
credit to google

Tahu tak yang Minyak Angin Cap Kapak boleh digunakan selain untuk menghilangkan sakit kepala? Kalau tak tau lagi, korang boleh cuba. Memang berkesan. SR dah beberapa kali cuba tips ni kalau betul-betul tak boleh tidur. Tau-tau je dah tidur bila beberapa minit sapu minyak tu. Mungkin disebabkan rasa 'sejuk' dibahagian tepi kepala yang membuatkan kita senang untuk tidur.

Itulah dua tips ringkas dari SR bagaimana nak atasi insomnia. SR harap tips ni dapat bantu sesiapa yang mengalami masalah insomnia macam SR. InsyaAllah, ianya berkesan. Tidur tu penting. Sebab masa tidur tulah badan kita berehat sepenuhnya. Take a good rest by sleep. Okay?

Thanks for reading! Xoxo

13 comments :

  1. tambah lagi!!! dgr zikir/ayt quran T_T
    huhuhuhu walaupun qila tak buat sgt pun ahaha.
    tp dengar lagu mmg best ehehehehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, dengar ayat Quran/zikir pun sebenarnya dah cukup. Comfirm boleh tidur punya :)

      Delete
  2. klau sya, sya kelip2 mata sampai mata letih, nnti rsa mcm mata tu nk tertutup je. lpas tu snang dah tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, boleh cuba tips tu. Kot-kot menjadi jugak kat SR. Hehe

      Delete
  3. pernah sekali install apps tu...tapi dah uninstall da sekarang..
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan apps tu? Nanti kalau dah stabil balik waktu tidur mungkin SR pun uninstall jugak. Hehe

      Delete
  4. Pedih mata akak kalau sapu minyak cap kapak tu dik..
    Cik akak memang sukar tdo malam...siang jangan nak tdo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Takpe, cuba cara lain pulak. SR siang pun tak selalu tidur, harapkan malam je itupun dapat berapa jam je...

      Delete
  5. i play piano tilt 2, before i sleep and it works! hehehe and i play Hafiz Hamidun's zikir terapi before i sleep. it really helps :)

    ReplyDelete
  6. kalau saya,baca buku nanti mata dah letih baru boleh tidur huhu

    ReplyDelete