Sunday, 27 December 2015

What I Bought at Zalora Malaysia 1.0


Hi, guys. This entry I will share what I bought at Zalora Malaysia using my RM 100 Cash Voucher. As I mentioned before, I had a collaboration with Zalora Malaysia recently. So, kalau ada yang terlepas pandang entry tersebut bolehlah singgah entry Best Gifts for Beauty Lovers dan Life | Collaboration with Zalora Malaysia.

8 December hari tu SR singgah website Zalora terus rambang mata nak pilih yang mana satu sebab semuanya menarik, tertarik, memang debomm. Haha. Sejam lebih jugaklah belek-belek itu ini pilih mana yang berkenan di hati. Dengan menggunakan badget sebanyak RM 100, I got 3 items which are a shoes, a bag and a bracelet.

Let's check it out!

1. Vera Mid-Heels with Contrast Piping in Taupe/ Cream



Sebab beli kasut ni ialah konon-kononnya nak mula belajar pakai heels. So, mulakan dengan heels yang rendah dulu. Biasakan diri then baru boleh tukar tinggi sikit. Haha. Other than that, sebabnya SR tak ada banyak sangat kasut. Normally, girls especially akan ada lebih dari satu kasut kan? Kasut keluar jalan, lain. Kasut pergi pasar, lain. Kasut pergi kerja, lain. Tapi, ada juga yang jenis pakai satu kasut untuk ke mana-mana. Betul tak? So, SR cadang nak guna kasut ni bila nak keluar jalan or attend wedding orang. Sesuai kan? Hehe.

Kalau buka bahagian kasut dekat website Zalora, macam-macam jenis kasut keluar. Wedges, heels, boots semua ada. Even flip flops pun ada tau! Harga untuk kasut di atas ni ialah RM 39.00. Kasut ni ada dua jenis warna iaitu hitam dan taupe/cream seperti gambar di atas. For more details about this shoes, you can refer to their website.



2. Mini Cutsey Crossbody Bag in Grey


Lama dah teringin nak bag baru. Akhirnya dapat jugak. Yay. Beg ni dah jadi satu kemestian apabila keluar rumah. Kalau tak bawa mesti rasa janggal. Kebiasaannya SR lebih kepada beg yang berwarna hitam dan jarang sangat guna warna lain. Tapi kali ni nak cuba something yang lain dari kebiasaan. At last, pilih warna grey. Rasanya warna ni pun sesuai kalau nak dipadankan dengan warna lain. Orang kata apa, warna masuk? Hehe. Lebih kuranglah ye... Pilih beg pun tak kurang rambangnya. Banyak sangat yang cantik-cantik. 

Di Zalora banyak pilihan beg yang boleh dipilih. Daripada shoulder bag sampailah ke purse/wallet. Harga untuk beg ini ialah RM 39.00. I know a bit pricey for this size. But, its okay. Beg ni ada banyak pilihan warna like black, white, pink and grey. For more details about this bag, you can refers to their website.

3. Under the Sea Charm Bracelet in Gold


I do not own a lot of accessories. So, I end up buying this bracelet. Pretty, right? Lepas ni nak keluar jalan-jalan bolehlah guna gelang ni. Takdelah tangan kosong je kan? Seriously, pening nak pilih yang mana sebab semua cantik-cantik. Itu belum tengok necklaces lagi. Oh my... 

Gelang ni ada dua pilihan warna iaitu gold and pink. Harganya ialah RM 19.00. For more details about this bracelet, you can refer to their website.



So, the total for 3 items are RM 97.00. The balance RM 3.00 was burned. I think that's all for now. Thanks to Zalora Malaysia for giving me such a nice experiences. The best thing about Zalora is their delivery system. I ordered 3 items on 8th December, and 10th I already got my parcel. Cepat sangat! InsyaAllah, there will be Part 2 soon. Wait for it, okay?

Thanks for reading. Xoxo



Disclaimers : All the items above are from Zalora. I used the RM100 Cash Voucher to buy those items. All opinions are by my own. Thank you.

4 comments :

  1. bestnya dapat buat collaboration ngan Zalora :) Hana pernah collab dua kali ngan Zalora masa aktif blogging dulu. Beg tu comel ^^

    ReplyDelete
  2. Hurm did they also sell mans thing or a electronic gadgets . I heard them so often but never tried online even not once T_T . Oh one more thing . How about their service qualities . Is it good :) ? Thanks for sharing btw ..

    - Syamsid Blog -
    .
    .

    ReplyDelete