Sunday, 24 May 2015

Tutorial : Printscreen Full Web Page

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama sangat tak buat tutorial. Memandangkan ada yang bertanya, hari ni SR nak buat tutorial bagaimana nak printscreen laman web secara penuh. Lagipun, blog ni pun macam dah lama sangat tak update. Kan? Okay, back to the tutorial. Kebiasaannya, bila kita akan printscreen kita hanya dapat saiz skrin laptop kita sahaja kan? So, hari ni SR ajar tutorial mudah nak dapatkan full page macam gambar bawah ni :)



Let's get started.

STEPS

1. Pertama sekali klik laman web http://web-capture.net/.

2. Masukkan link yang korang nak printscreen di kotak yang disediakan dan pilih jenis format gambar yang korang inginkan sama ada jpeng, png dan lain-lain. Dah masukkan link, klik capture web page. Boleh rujuk gambar dibawah.


3. Nanti akan keluar page baru. Tunggu je sehingga gambar korang selesai. Bila dah siap, korang boleh view dan terus download gambar. Siap!



Hopefully, tutorial ni membantu korang walaupun caranya sangat mudah dan direct. Kalau ada tutorial yang korang nak minta SR buat, boleh tinggalkan komen di bawah. Kalau SR tahu, SR akan bantu :)

Till we meet again. Xoxo


Saturday, 23 May 2015

New Template 2015

ASSALAMUALAIKUM



Template Baru 2015 | Hi, guys. So, inilah design baru untuk blog ni. Ringkas dan kemas. Memang itu yang SR nak selama ni. Tema blog untuk design baru ni black and white. Kenapa black and white? Sebab SR rasa dua warna tu sesuai untuk mana-mana jenis blog. Pada mulanya tak terniat pun nak tukar design baru. SR just nak tukar atau edit sikit-sikit je lepas Subuh tadi. Tapi, bila tengah edit tu, code yang lama hilang sebab tak save backup. Haih. Terpaksalah tukar semuanya. Igatkan nak guna Awesome Inc template, tapi tak reti. Maklumlah dah lama sangat tak usik coding tu. Lastly, guna simple template je. Senang.

Oh, ya.. Mungkin lepas ni dah takde Apple Mints kot. Huhu. Sekarang ni pun dah bertukar kepada nama SR sendiri, Syaza Raihanah. So, yeah. InsyaAllah, no more Apple Mints okay? Walaupun nama tu dah guna lama (sejak mula-mula bergiat dalam dunia blogging) tapi SR terpaksa. Sebab Apple Mints tu pun bukan dari idea SR sendiri. Nama tu pun dapat masa belek-belek catalog SOGO. haha. Rasa macam tak baik je guna trademark orang lain. Betul tak? Huhu

So, dengan design baru ni harapnya mood nak update blog tu selalu ada dan idea mencurah-curah. Aminnn. Major problem bergelar blogger ni bila takde idea nak update blog. Itu yang susah sebab dalam masa yang sama kena kekalkan pageviews. Kalau tak, mesti menjunam teruk.

Thats all for now. Apa pendapat korang dengan design baru ni? Cantik tak? hehe.

Enjoy your weekend, guys. Xoxo

Wednesday, 6 May 2015

PBAKL 2015

ASSALAMUALAIKUM

Hi, guys. Sorry for taking a long time to update a new entry. Ni pun asalnya buka lappy nak buat assignment, Tapi, ada problem sikit. Nak kena guna Bahasa Arab pulak dekat Words. SR pulak tak tahu nak buat macam mana, so end up here. Updating new entry.

Hujung bulan yang lalu, SR berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC bersama rakan-rakan yang lain. Tahun ni tak banyak buku yang SR grab. Adalah dalam 7 buah buku termasuk 2 majalah. Oh, ya. Itu pun guna Baucar Buku 1 Malaysia. Haha. Thanks for that so SR tak perlu kelaurkan duit untuk bayar. Hehe

Nak tahu apa yang SR beli? Taraaaa....

Mostly, SR dapat apa yang SR dah list dalam entry sebelum ni cuma 2 aje yang SR tak dapat which are #88 Love Life dan Tundukkan Playboy Itu. Actually, TPI SR dah ambil dan tinggal nak bayar sahaja. Tapi, SR give up. Beratur punya lah lama dan line panjang giler kat booth Karya Seni. So, dengan hati yang berat SR letak balik novel tu dengan harapan hujung bulan atau awal bulan depan SR dapatlah peluk novel tu. Huhu

Macam susah aje nak cari buku ni. Anyone yang tahu kat mana jual sila inform SR ya?

Sabarlah duhai hati. Nanti akan dapat jugak!

So untuk buku yang SR grab untuk PBAKL untuk tahun ini ialah :-

Dah habis drama baru baca sebab nanti dah tak surprise jalan cerita. Hehe

Drama yg bakal menggantikan Hati Perempuan.

Terjumpa orang share certain bab kat fb. Macam best je...

Siapa tak kenal, sila buka youtube search Matluthfi. Hehe

dan Majalah Rapi dua buah. Majalah Rapi dah jadi kemestian setiap kali ke PBAKL sebab at least SR dapat info berguna tentang kesihatan. Dalam tu siap ada menu diet lagi tau. Excited sebab sedang berjinak-jinak nak turunkan berat. Haha.

So, yeah. Thats all yang sempat SR grab. Jangan pelik kenapa banyak novel ada dalam list berbanding buku lain sebab I'm a novel lovers, you know? Kalau dah minat takde sape boleh halang.