Monday, 29 June 2015

Pending Novels...

ASSALAMUALAIKUM

Book

Hey, guys. Its semester break. So, adalah masa sikit nak update blog. (Yeah!) Ingatkan nak baca novel, tapi mood tu belum sampai lagi. So far, SR ada 6 buah novel yang belum dibaca. Itu pun belum termasuk beberapa buah lagi yang akan ditambah dalam bulan ni. Itu pun sebab nak habiskan baucar buku since baucar buku tu akan expired hujung bulan ni. Tengah dok fikir, novel apa yang akan dibeli nanti. So far dah target nak dapatkan Tundukkan Playboy Itu. Yang lain belum comfirm lagi. Kot-kot amik buku lain ke kan? Mana tahu. 

Bila ada novel pending ni kan, hari-hari fikir bilalah nak mula baca semua tu. Even ada aje masa terluang untuk baca. But as I mentioned before, mood nak membaca belum sampai lagi.

So, untuk entri ni nak cerita lah sikit novel-novel SR yang tengah pending ni. Kot-kot ada di antara korang yang sedang mencari novel baru ke kan? Sekurang-kurangnya dapat bantu walaupun sikit kan? Hehe



Senarai di atas adalah novel adaptasi, best sellers, dan novelis popular. Pengaruh kuat sangat sampai SR pun terikut untuk membelinya. Haha. But, its okay. Reading novel is my hobby. Kalau SR dah beli novel baru, SR update kat sini. Cadangnya nak beli hari ni. Sebab esok dah last day untuk guna baucar buku.

So, yeah. I think thats all for now. Till the next entry. Xoxo.

Thursday, 25 June 2015

Tutorial : Cara Pasang Iklan Nuffnang

ASSALAMUALAIKUM

This is my second tutorial. Huhu. Actually, SR takdelah buat tutorial sangat, just buat bila ada orang request. Tutorial kali ni direquest oleh Lolly Lilly. Credit to Nabila Medan. For your information too, entry ini terpaksa di-repost semula atas sebab tertentu. Dalam erti kata lain, gambar yang terdapat dalam entry lalu telah mengalami masalah/terdelete. So, yeah.

Jom mulakan sesi pembelajaran kita !



1. Buka laman web rasmi nuffnang. Kepada yang belum sign up, sila lah sign up ya ? (Click 'Join Nuffnang') Kalau yang dah sign up, login macam biasa.

2. Klik My Nuffnang > Blog Manager > Manage My Blogs. (Lepas klik tu,nanti akan keluar profile korang.)



3. Then, click Large Rec (actually, mana-mana antara tiga tu pun boleh) yang ada di sebelah kanan tu.



4. Done ? Okay, sekarang korang pilih sama ada nak Leaderboard, Skyscraper, atau Large Rectangle. Tick mana yang korang pilih. Kalau nak letak tiga-tiga pun boleh, tapi kena buat satu per satu. Faham tak ?

Leaderboard - pasang di atas blog , atas header atau bawah header.
Skyscraper - diletakkan di sidebar
Large Rectangle - dipasang di bawah entri.




Lepas dah pilih nak letak kat mana, klik button bulat kat bawah tu dan nanti akan keluar code html. Okay, korang dah 80% siap. Nak pasang dekat blog senang je. 



Cara Nak Pasang Di Blog

1. Copy code nuffnang korang yang tadi tu.
2. Dashboard > Layout > Add a gadget > HTML/Javascript
3. Paste dekat HTML/Javascript dan save!

*Kalau tak faham ataupun masih samar-samar, boleh refer tutorial yang Nuffnang sendiri sediakan di bahagian 'Placement'*


Siap, dan selamat ber-nuffnang!


Saturday, 6 June 2015

D.I.Y : Makeup Brushes Holder

ASSALAMUALAIKUM

Girls and makeup will never be apart. Am I right? hehe. Idea nak buat DIY ini muncul apabila SR tengok barang-barang skin care dan makeup SR berterabur sana sini. Bedak kat situ. Lipsticks kat sana. Berus makeup apatah lagi. Hmm. So, SR decided nak buat DIY macam mana nak buat Makeup brushes holder. Bahan-bahan yang korang perlukan tak memerlukan kos yang banyak. Dah lama sangat tak update entry DIY. So, here it is!


You will need :-

1. A glass

2. Colourful stone

3. Cutter knife/ Scissor (optional)

4. Reben (optional)

5. UHU glue (optional)

6. Make up brushes/ Make up products


Once korang dah ada semua bahan-bahan diatas, bolehlah mula projek DIY ni. Lets get starting!

1. Isikan batu berwarna warni di dalam gelas kaca dengan perlahan-lahan. Ikut koranglah nak isi banyak mana sama ada 1/2 ataupun 3/4 daripada gelas tersebut.

2. Susunkan berus makeup korang. 

3. Optional : Kalau nak gelas tu cantik dan menarik, korang boleh gamkan keliling mulut gelas dengan menggunakan gam UHU dan lekatkan reben di bahagian tersebut. Kemudian ikut langkah pertama tadi.

4. Done!







Simple, kan? Kalau korang taknak guna berus makeup, korang boleh gunakan untuk letak mascara, eyeliner etc macam yang SR buat dekat gambar di atas. Actually, tanpa entry ni pun SR rasa korang dah boleh buat sendiri. Tapi SR saja nak bagi idea kat korang semua macam mana nak kemaskan barang-barang makeup korang dengan cara mudah dan simple ni. For your information too, most of the things SR beli dekat Mr. DIY contohnya macam glass and colourful stone. Sangat murah! Bajet bawah RM 10! Cubalah, SR dah buat dan hasilnya sangat puas hati. Kalau korang nak ganti batu warna warni dengan benda lain pun boleh juga. Contohnya, guli kecil ke? Pasir warna warni ke? Glass marble ke? Up to you, okay?

Thanks for reading this entry and see you in the next DIY project, okay? Xoxo.


 For more tips&DIY, please click [here]