Wednesday, 17 February 2016

Tips : Kelebihan Menggunakan Lipbalm


Pernah tak korang alami situasi dimana bibir korang kering, merekah dan mengelupas walaupun dah banyak minum air? Situasi ni pun berlaku pada SR sendiri. Bibir ni selalu sangat kering. Bila dah kering, apa lagi mesti tangan gatal nak kopek dan akhirnya berdarah. Nak makan pun susah kot! Huhu


Siapa tak nak nampak segar dan cantik, betul tak? Tak salah kalau SR cakap orang akan pandang muka kita terlebih dahulu sebelum penampilan kita.  Salah satu bahagian yang perlu diambil perhatian dan penjagaan yang sempurna adalah pada bahagian bibir. Bibir atau kawasan mulut adalah bahagian pada wajah manusia yang mudah menerima jangkitan sama juga seperti bahagian mata dan hidung. Salah satu cara penjagaan bibir yang mudah adalah dengan menggunakan lip balm

Berbeza dengan lipstick dan lip gloss, lip balm atau pelembab bibir berfungsi untuk memberikan kelembapan kepada permukaan bibir. Bibir yang terlalu kering boleh menyebabkan ia merekah yang boleh membuatkan kita jadi susah untuk makan dan minum. Betul tak?

 Lip balm juga digunakan bertujuan untuk memperbaiki struktur sel pada permukaan bibir agar bibir kita kelihatan sihat luar dan dalam. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah bibir berwarna hitam, penggunaan lip balm dengan kerap juga boleh mengembalikan warna bibir anda kepada warna yang asal

Last but not least, dengan menggunakan lip balm ini juga menjadikan penampilan kita kelihatan begitu natural atau semulajadi. So, kita tak perlu makeup tebal-tebal semata-mata untuk cantik. Pakai bedak dan lipbalm sahaja pun dah okay. Nampak lebih natural dan segar. Which I always do bila rasa nak makeup natural.

Lepas ni jangan lupa pakai lipbalm k? Taknak dah bibir merekah, kering semua tu. Hehe. Drugstore pun jual macam-macam jenama lipbalm antaranya Lip Ice, Baby Lips dan sebagainya.

Thanks for reading! Xoxo



12 comments :

  1. Lip balm ni memang best friend nih...

    ReplyDelete
  2. yeahhh...penting pakai lip balm bagi perempuan macam aku..hehe..ke mana-mana mesti ada lip balm terpasang di bibir..cehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau tak pakai rasa lain macam. Hehe

      Delete
  3. yupppp. kita sama. tapi ain tak pakai pun sbb rimas mcm ada something dkt bibir ta suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu kena consume air banyak sikitlah supaya tak kering :)

      Delete
  4. time belajar dulu je rajin pakai lip balm...sekarang dah xpakai dah

    ReplyDelete
  5. xde pun koleksi lip balm...
    kalau beli pakai sekejap je then bagi pada adik...hehehehe

    ReplyDelete
  6. Blogwalking dan Follow #1278 :)
    ntahlah..kenapa sy ni tak suka pakai lip balm hehehe

    ReplyDelete
  7. syaza pakai jenama apaaaa qila nak beli lagi la next month hahahah #tamak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya untuk harian Syaza pakai Vaseline je tp kalau nak bg colour sikit dekat lips Syaza guna Lip Ice Sheer Color yang warna pink tu sebab lipbalm tu akan bertukar ikut warna darah kalau tak silap. You should try it :)

      Delete
  8. Saya pun biasa guna Lip Ice Sheer Colour! Kekadang tukar tukar dengan Maybelline Baby Lips hehe

    ReplyDelete