Thursday, 7 April 2016

Resepi : Butter Chicken

Hari ni tetiba rasa rajin nak cuba satu resepi yang dah lama SR teringin nak buat. Its Butter Chicken. Tak sangka menjadi walaupun ini merupakan pertama kali SR buat. Resepi yang sangat mudah, ringkas dan tidak perlu membelanjakan banyak wang. Kiranya resepi ni main campak-campak je. tup-tup dah siap! Oh, ya. Before I forget, resepi ni boleh juga guna selain daripada ayam. Contohnya, udang atau sotong. Ntah-ntah ketam pun boleh. Haha. Belum cuba belum tahu kan? Sape yang belum masak untuk lunch tu, boleh lah masak kejap lagi. Kalau tak sempat, simpan resepi untuk dinner or bila-bila teringin nak makan nanti. Hehe

Without any further, lets jump to the recipe!!!!


Bahan-bahan :

Ayam/Sotong/Udang
Tepung Jagung
Minyak Masak
Butter/Manjerin
Bawang putih yang dicincang halus
Daun kari
Susu cair
Sedikit air panas
Garam
Gula
Pati perencah ayam



Cara-caranya :

1. Potong ayam/sotong/udang mengikut saiz yang diinginkan. (Tak kecil ataupun besar sangat. Sederhana sahaja. Kalau udang, tak perlu potong)
2. Keringkan ayam/sotong/udang dengan tisu. (Untuk memastikan ayam/sotong/udang yang kita goreng tadi tak meletup bila menggoreng nanti)
3. Gaulkan ayam/sotong/udang yang telah dikeringkan tadi dengan tepung jagung. (Banyak mana tepung jagung tu tak kisah. Janji seluruh ayam/sotong/udang diselaputi dengan tepung jagung)
4. Panaskan minyak dan goreng ayam/sotong/udang sehingga masak dan sedikit garing.



Siap part pertama. Now, move to part two. Iaitu cara-cara nak buat kuah butter.



1. Cairkan butter dan masukkan bawang putih yang telah dicincang halus dan daun kari. (Daun kari jangan letak banyak sangat. Setangkai kecil tu pun dah cukup) Tunggu sehingga bawang putih dan daun kari tadi menjadi sedikit garing.

2. Bila dah garing, masukkan susu cair. Sukatan, depands on you. (Kalau nak kuah banyak, letaklah lebih sikit. Tapi SR letak lebih kurang suku tin susu cair sahaja)

3. Biarkan kuah menjadi pekat, lepas tu masukkan sedikit air panas.

4. Masukkan bahan perasa seperti garam, gula, pati perencah ayam mengikut selera masing-masing.

5. Masukkan ayam/sotong/udang yang telah digoreng bersama tepung jagung tadi ke dalam kuah butter dan gaul sehingga sebati.

6. Siap! Sedia untuk dihidangkan.




Senang kan? Siapa kata memasak ni susah, korang silap!  Selamat mencuba dan menjamu selera! Enjoy your meal, okay? InsyaAllah kalau ada resepi baru SR akan update lagi.

Thanks for reading! Xoxo




6 comments :

  1. sedap nampak..nak try gak nanti hehehe..

    ReplyDelete
  2. Nampak senangg! Okayy. Boleh tryyy! Tqqqq

    ReplyDelete
  3. tudiaa tudiaaa. punya senangg ! hehhe. boleh try nanti. :D

    ReplyDelete
  4. kalau sy buat tak guna bwg putih. cuba awk gantikan bwg putih dgn cili padi dan tumis dgn daun kari. lagi umphhhh utk yg suka pedas! :D kalau susu cair + serbuk kari akan jadi butter chicken versi indian. pun sedap. next time cuba okay :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, thanks for the suggestion. SR pun suka pedas juga. Nanti SR cuba u ah sikit ikut style resepi awak :)

      Delete