Thursday, 14 July 2016

Resepi : Biskut Lidah Kucing

Selamat hari Raya! Siapa tahun ni buat kuih raya sendiri? Give me five! Dah jadi aktiviti tahunan buat kuih raya ni tapi tahun ni tak sempat nak buat banyak jenis kuih raya sebab dah last minit. Satu adunan je dah cukup itu pun untuk bawak balik kampung sikit. As for me, kuih raya yang biasa buat tiap tahun ialah Sarang Semut, Samperit dan Tart Epal. Kalau rajin dan ada bahan, buat cookies. Cukuplah tu kan? Tapi tahun ni tambah satu jenis. 

Have you tried Biskut Lidah Kucing before? Alaa, yang warna warni tu? SR dah lama teringin nak buat tapi tulah ada je halangan bila nak buat. Tapi hari tu cakap dengan Mama nak buat Biskut Lidah Kucing ni tapi bahan tak cukup. SR takde dulang khas dan juga emplex untuk buat biskut ni. At last, pinjam my aunt punya and here I am making this recipe for you guys... Yay! Don't worry it is easy but a bit complicated since you have to do one colour at one time and do the other colour next. Keep repeating it until you finished the dough.

Let's get started!






Bahan-bahan :

  • 250 g butter
  • 200 g tepung gandum
  • 50 g tepung jagung
  • 160 g gula kastor
  • 3 biji putih telur
  • 1/4 sudu emplex
  • Esen vanila
  • Pewarna makanan (Merah, Kuning, Biru)

Cara-caranya :

  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum, dan emplex.
  2. Dalam bekas yang lain, pukul butter dan gula sehingga kembang kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan mengikut jumlah warna yang diinginkan dan gaul rata setiap adunan dengan pewarna makanan.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam dulang mengikut warna.
  6. Bakar adunan pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.

Alatan yang diperlukan :

  • Mixer
  • Nozzle dan piping bag (guna plastik yang biasa bungkus makanan pun boleh juga, just gunting bahagian bucu plastik)
  • Dulang khas untuk biskut ni. Bentuk bujur memanjang macam tu. (It's hard to explain about this. Haha)




As for colours, korang boleh buat sendiri warnanya. Ada warna asas pun dah cukup dah sebab dengan warna tu korang boleh campur-campur warna. Ingat lagi tak warna asas? It is blue, red and yellow. So, kalau takde warna hijau, ungu, oren boleh lah campur warna.

Hijau : Biru + Kuning
Ungu : Biru + Merah
Oren : Kuning + Merah

As for the cookies, SR dah rasa. Memang sedap! (Bukan nak puji masakan sendiri tapi memang sedap) Biskut ni sangat rangup tapi dia rapuh sikit. Cepat pecah. Tapi kalau tambah sikit tepung dalam adunan tadi rasanya okay kot. Banyak juga dapat. Bila susun dalam balang kuih nampak cantik je warna dia. So pretty okay?

Biskut ni kalau makan waktu tengok tv, sekejap je dah habis rasanya. Ni pun SR buat dua kali sebab yang pertama punya dah habis dingap! Yang kedua ni simpan elok-elok dan sorokkan sebab nanti habis. Sampai macam tu sekali. Haha

Thanks for reading! Have a nice day! Xoxo



P/s : Korang buat kuih raya apa tahun ni?



12 comments :

  1. Replies
    1. No problem. Thanks for visiting here :)

      Delete
  2. Tak buat kuih raya pun, semua beli je tsk tsk :'( hehe

    ReplyDelete
  3. SEDAP KAN!!! DIA MCM SUPER CRUNCHY ugh rindu pulak hahaaha nnt rajin nk buat lah ihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat! Tu yang habis cepat tu. Dah buat nanti kirim sini sikit. Hehe

      Delete
  4. kita pun ada buat dulu dengan umi and adik. yes, memang took a little bit of time untuk buat satu-satu warna tu. tapi bila rasa tu macam worth it jugala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat biskut ni ramai-ramai mesti meriah. Kan? Tak sia sia spent time untuk buat satu per satu warna sebab memang worth it :)

      Delete
  5. wahhh . anis suka gila kot biskut ni . tp ingatkan nama dia biskut rainbow hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan? Hehe. Rasanya banyak nama biskut ni. One of them would be biskut rainbow :)

      Delete
  6. saya suka tengok kuih ni sbb cantik!
    tak buat kuih pun, beli je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila susun dalam balang nampak lagi cantik, kan?
      Kuih beli pun sedap. Hehe

      Delete