Friday, 26 February 2016

Teh Hijau Boleh Kurangkan Berat Badan?

Sekarang ni pergilah mana-mana pun, mesti akan jumpa perkataan teh hijau ataupun green tea. Even sekarang minuman pun dah ada perisa green tea tau. Masa scroll twitter pun boleh keluar cerita pasal green tea. Advanced sangat! Hehe. By the way, ada sesiapa suka minum green tea? SR sekarang ni sedang cuba menjadikan minum teh hijau sebagai rutin harian. Sekali sehari pun dah cukup dah. Nak tahu apa kelebihan teh hijau ni?

Kelebihan Teh Hijau

1. Berat Badan
Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang dimakan akan lebih cepat ditukar dalam bentik kalori.

2. Penyakit Diabetes
Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gila di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit Jantung
Para saintis berpendapat, teh hijau menjaga saluran darah lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar maka risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser
Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5. Kolestrol
Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkatkan tahap kolestrol baik di dalam badan. jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6. Alzheimer dan Parkinson
Teh hijau dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang rosak.

7. Kerosakan Gigi
Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia 'Catechin' di dalam teh hijau boleh memusnahkan bakteria dan virus yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain. 

8. Tekanan Darah
Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan
Kandungan asid amino semula jadi iaitu 'Theanine' di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenang kepada peminum teh.

10. Anti-virus dan Anti-bakteria
'Catechin' di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit termasuk kanser.

11. Penjagaan Kulit
Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan keduatan pada wajah.

Sumber : vitamin4kesihatan.com






Sumber : @twt_kecantikan




Cara Membancuh


Tuang air panas dan masukkan seuncang teh hijau ke dalam mug. Tunggu beberapa minit sehingga teh menjadi sedikit pekat. Digalakkan supaya tidak menambah sebarang bahan perasa seperti gula. Sebabnya kita tak akan dapat 100% khasiat teh hijau tu. (To be honest, sekali dua SR tambah juga sedikit gula dalam green tea, tak tahan minum kosong je.)

*Digalakkan menggunakan teh hijau selama 6 bulan selepas ianya dibuka supaya antioksidan dalam teh hijau tu masih ada dan segar.




Tak cukup dengan minum teh hijau, SR juga menggunakan teh uncang yang telah digunakan tadi sebagai mask untuk mata. Caranya senang je, uncang yang dah digunakan tadi masukkan dalam peti ais (frozen) semalaman. Keesokkan pagi boleh ambil dan letak dibahagian mata untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata ataupun dikenali sebagai dark circle tak kurang juga memberikan kesegaran kepada mata kita. Malkumlah, kan sejuk tu? Hehe


Buat masa sekarang ni SR minum green tea daripada BOH. Beli yang 25 uncang dulu stok untuk sebulan. Dah habis ni kalau ada brand lain SR akan beli kalau tak ada akan kekal dengan BOH. Teh hijau BOH ni not badlah cuma warna dia tu takde sangat. Tak pekat. Rasa pun pahit. I don't know. Tapi bukan ke mana-mana teh yang tak letak gula akan rasa pahit? Hmm.

Jomlah kita kekal sihat dengan minum teh hijau tanpa gula walaupun rasanya pahit. Pain is beauty, right? Huhu


Thanks for reading! Xoxo




Sunday, 21 February 2016

Review : Nano White Fresh Miracle Mist

I'm back with a new product review. Yay! Dalam entry January Haul 2016, SR ada beli Nano White Fresh Miracle Mist dan ramai yang komen suruh buat review. So, here it is! Maaf lama menunggu. SR tak busy cuma tulah mood tak berapa nak ada. Hmm, maaf ya...

Lama dah sebenarnya cari facial mist untuk diri sendiri. Dengan cuaca panas kat Malaysia ni buat kulit kita jadi kering dan berminyak. Bila ada facial mist ni senang sikit sebab tinggal nak spray je kat muka supaya muka kita nampak segar dan lebih bermaya. Banyak sebenarnya facial mist yang ada  kat pasaran antaranya Avene, Evian dan beberapa lagi. Bila pergi Guardian terus ambil Nano White Fresh Miracle Mist selepas mengambil kira harga, kualiti, performances dan sebagainya. Since this Miracle Mist specially formulated for oily skin, why not to give it a try, right? Kulit SR ni bukannya okay sangat pun. Kering, berjerawat, berminyak.. You name it, semua ada. Hopefully lepas dah guna ni kulit jadi lebih better lah ye? Huhu. Lagi satu, iklan Nano White ni best sangat sampai SR tertarik nak beli. Lagipun dah lama sebenarnya nak cuba Nano White Fresh punya produk especially dia punya Moisturiser tapi tak terbeli lagi. Kita cuba Miracle Mist dulu, ye?

Let's jump to the review!!!


Miracle Mist

This Miracle Mist enriched with Vitamin C, Tea Tree Oil and Sea Algae with its 9-in-1 functions to :

  • Minimise appearance of pores
  • Refine pores
  • Brighten skin
  • Reduce excess sebum
  • Reduce acne
  • Restore skin balance
  • Soothe acne-prone skin
  • Refresh tired skin
  • Hydrate skin for fresh, bright and radiant skin
*Specially formulated for oily skin


No paraben | No Mineral Oil | No Colourant | No Animal Derivatives

Ingredients : Water, Butylene Glycol, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water, Fructan, Portulaca Oleracea Extract, Tetrasodium EDTA, Polysorbate 20, Citric Asid, Fragrance, Menthol, Ascorbyl Glucoside, Algae Extract, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Inulin, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Phenoxyethanol. Ethylhexylglycerin

Directions: After cleansing, spray evenly onto face or use anytime as a hydrating mist. Avoid contact with eyes.

Price: RM 16.40 (Guardian)



"Spray On, Stay Fresh!"
Nanowhite Fresh 9-1 Miracle Mist brings you NINE benefits in ONE spray! Create your own miracle for the New Year! Spray On, Stay Fresh! :D
Posted by nanowhite on Thursday, December 31, 2015


Kepada yang tak tahu, kulit SR jenis yang sensitive. Tak boleh pakai sebarang produk, kalau tak nanti naik jerawat tak pun muka penuh dengan bintik-bintik merah dan gatal. Hari ni, dah masuk hampir sebulan SR cuba mist ni. So far so good. Takde kesan-kesan buruk atau negetif sepanjang SR guna produk ni. Which is good! SR perasan kulit muka SR sepanjang pakai Miracle Mist ni dah tak berminyak seperti selalu. So, betullah produk ni dibuat khas untuk sesiapa yang mempunyai kulit yang berminyak. Selain daripada kurangkan oily on my face, SR perasan bila spray mist ni pores semakin mengecil. Bau pun sedap tau! Korang pun tau kan yang bau tea tree oil sangatlah kuat. Kalau pakai tea tree oil tu satu bilik mesti bau. Tapi produk ni walaupun ada tea tree oil dalam mist, baunya still sedap dan tak terlalu kuat. So takdelah orang perasan sangat baunya kalau kita spray. Oh ya. Forgot to mention that mist ni juga akan buat kita rasa lebih segar  dan awake bila spray kat muka!

I think this Miracle Mist was not bad at all! Kesemua sembilan fungsi daripada mist ni memang menjadi. Best sangat! Even hari-hari guna still banyak lagi dalam botol! Bila dah cuba mist ni rasa macam nak cuba produk lain pulak dari Nano White Fresh macam cleanser, moisturiser dengan dark spot corrector. Macam best je kan range Nano White Fresh ni! Hmm. Duit mana duit? Haha

For more information, go check out Nano White pages so that you have clear information before you purchase their products?

Instagram : https://instagram.com/mynanowhite



Any recommendations for best moisturiser? Kalau boleh nak ingredients yang menggunakan natural thing. 

Saturday, 20 February 2016

Sesi Mengenali Ahli Blogger



  1. Buat satu entri " Sesi Mengenali Ahli Blogger " dan impian anda terhadap blog anda.
  2. Buat biodata anda sikit dalam entri tersebut.
  3. Ajak ahli blogger lain untuk join.
  4. Dalam entri mesti diisi nombor telefon * ikut pada diri nak letak atau tidak*, laman sosial yang korang ada (Instagram , Twitter dan Facebook )
( Nombor telefon email pada aku pun boleh , mana tahu group whatsApp nanti ditubuhkan)



Let's do this, okay?


  1. Sedang menyiapkan entri. Hehe. Impian SR terhadap blog ni ialah dapat memberikan sebanyak mungkin ilmu berguna dan bermanfaat kepada pembaca blog ini. Dapat menjalinkan hubungan baik aantara blogger-blogger yang lain. Last but not least, dapat jadi 'ikon' kepada orang lain.
  2. Nama diberi Syaza Raihanah. 20, tapi 17 Oktober nanti baru bertukar kepada 21. Hehe. Berasal dan tinggal di Kuala Lumpur. Baru sahaja tamat Diploma Pentadbiran Perniagaan pada November yang lalu. Anak sulung dan seorang kakak kepada 4 orang adik.
  3. Tag : Aqilah Azmi | Nur Najah dan semua yang membaca entri ini.
  4. My number is private but I'll PM later, okay? My social media, boleh klik gambar kat bawah ni ye? 




DONE!

Kepada sesiapa yang nak menambah kenalan ataupun mengeratkan hubungan sesama blogger lain, bolehlah join segmen ni. Kata penganjur, segmen ini tiada tarikh tutup, berlangsung sepanjang tahun 2016. Okay?

Have a nice day!

Thanks for reading! Xoxo



Wednesday, 17 February 2016

Tips : Kelebihan Menggunakan Lipbalm


Pernah tak korang alami situasi dimana bibir korang kering, merekah dan mengelupas walaupun dah banyak minum air? Situasi ni pun berlaku pada SR sendiri. Bibir ni selalu sangat kering. Bila dah kering, apa lagi mesti tangan gatal nak kopek dan akhirnya berdarah. Nak makan pun susah kot! Huhu


Siapa tak nak nampak segar dan cantik, betul tak? Tak salah kalau SR cakap orang akan pandang muka kita terlebih dahulu sebelum penampilan kita.  Salah satu bahagian yang perlu diambil perhatian dan penjagaan yang sempurna adalah pada bahagian bibir. Bibir atau kawasan mulut adalah bahagian pada wajah manusia yang mudah menerima jangkitan sama juga seperti bahagian mata dan hidung. Salah satu cara penjagaan bibir yang mudah adalah dengan menggunakan lip balm

Berbeza dengan lipstick dan lip gloss, lip balm atau pelembab bibir berfungsi untuk memberikan kelembapan kepada permukaan bibir. Bibir yang terlalu kering boleh menyebabkan ia merekah yang boleh membuatkan kita jadi susah untuk makan dan minum. Betul tak?

 Lip balm juga digunakan bertujuan untuk memperbaiki struktur sel pada permukaan bibir agar bibir kita kelihatan sihat luar dan dalam. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah bibir berwarna hitam, penggunaan lip balm dengan kerap juga boleh mengembalikan warna bibir anda kepada warna yang asal

Last but not least, dengan menggunakan lip balm ini juga menjadikan penampilan kita kelihatan begitu natural atau semulajadi. So, kita tak perlu makeup tebal-tebal semata-mata untuk cantik. Pakai bedak dan lipbalm sahaja pun dah okay. Nampak lebih natural dan segar. Which I always do bila rasa nak makeup natural.

Lepas ni jangan lupa pakai lipbalm k? Taknak dah bibir merekah, kering semua tu. Hehe. Drugstore pun jual macam-macam jenama lipbalm antaranya Lip Ice, Baby Lips dan sebagainya.

Thanks for reading! Xoxo



Tuesday, 16 February 2016

Sunburn Oh Sunburn


Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas SR sekeluarga telah pergi ke Wet World Shah Alam. Excited punya pasal, terlupalah nak bawa masuk atau pakai sunblock sebab tertinggal dalam kereta. Nak keluar balik, malas sebab kena scan tag, security check semua tu... Batalkan jelah niat nak pakai sunblock. SR fikir takpe kot kalau tak pakai. Gelap pun gelaplah...

Dah berjam-jam mandi dari pukul 11 hingga 5, comfirmlah berbelang muka dan tangan kan? Redha jelah masa tu. Waktu dah nak balik, hujan pulak turun dengan lebatnya. So, we have to wait until the rain stop. Lamalah juga. Masa tu belum rasa pape lagi. Tapi bila dah masuk kereta, muka dan tangan terus rasa panas! Cepat-cepat ambil facial mist spray kat muka biar tak kering dan kulit jadi lembap. Bila sampai rumah, tengok muka kat cermin, amik kau merah terus jadinya! Terutama kat bahagian bawah mata dan hidung! Sabar jelah, pakai toner pedih giler sebab rasa pori-pori muka ni tengah terbuka. Hmm. Terus google cari jalan penyelesaian. Dan SR jumpa aloe vera ialah salah satu caranya. Too bad sebab SR memang takde aloe vera kat rumah even pokok pun takde. Sebagai alternatif lain, SR pakai moisturiser untuk kurangkan rasa pedih dan panas tu. Terlintas juga dalam hati "Dah tahu kulit tu sensitive, tak reti nak pakai sunblock. Sekarang ni pandai-pandailah tanggung sendiri!" Huarghhh...

Alhamdullilah, merah dah berkurangan, pedih pun dah takde. SR ada buat research sikit yang kesan sunburn tu akan berkurangan dalam 4-5 hari. Masuk hari keempat which mean today, kulit muka SR dah start mengelupas. Nasib baik tak sakit, kalau tak mau menangis tak berlagu. Hehe

SOURCE : Google


Ada sesiapa tahu cara lain nak rawat sunburn share lah tips ye? InsyaAllah membantu SR yang sedang dalam kesakitan ni. Haha.

What I learnt from this is, always put sunscreen or sunblock everyday especially if you're the person who always exposed to the sun.

Thanks for reading! Xoxo

Outdoor activities is not for me. I love indoor. Huhu



Saturday, 13 February 2016

Feeling Down

Feeling Down

These last few days,
I don't know where my heart and feelings went to.
I'm not being the usual me at all.
I get angry over little things. 
Crying hardly when I think about everything.
I don't know.
Even right now while typing this entry my eyes are starting to tear up.
Hmm.
What's wrong with me?
Why I become like this?
I promised to myself that I'll never be the old me again but I lost. I lost at my own battle!
I have to fight with my own feelings.
So that I can feel more better and strong than before.

grunge, quote, and time image

Its was few days ago and I'm okay, now. Forgot to publish it on that time. Hmm.

Tuesday, 9 February 2016

D.I.Y : Make Your Own Makeup Brush Guard


Pernah tak bentuk berus makeup korang berada dalam keadaan yang tak sepatutnya? Means, kembang dan tak terbentuk seperti asal? Tapi, korang pun tahu kan yang kalau kita beli dekat luar dan berjenama, semestinya mahal. SR ada cara nak mengatasinya dan semestinya tak memerlukan kos langsung untuk buat makeup brush guard anda sendiri kerana kebiasaanya bahan-bahan ada kat rumah.


source : Google


Apa yang korang perlukan ialah sarung telur/kain net yang biasanya ada kat bunga telur tu dan juga gunting. Dah ada dua benda ni korang dah boleh mulakan projek DIY. Apa yang korang perlu buat ialah gunting sarung telur tu mengikut panjang yang korang nak. Kalau SR, satu sarung telur telur tu SR gunting kepada tiga. So, nanti boleh digunakan untuk tiga berus makeup.

Dah selesai potong, boleh terus digunakan pada berus makeup korang. Caranya, masukkan 'makeup brush guard' di bahagian bawah berus makeup dan tarik ke atas sehingga sampai di bahagian bulu berus dan pastikan semua bahagian bulu berus mekap ditutup oleh brush guard. Bila nak buka brush guard pun sama, tarik ke atas dan bukan ke bawah sebab kalau ke bawah nanti bulu berus tu akan rosak.


source : Google

You're done!

Hopefully this D.I.Y project helps you in taking care of your brushes. Jimat pun jimat, betul tak?

Thanks for reading! Xoxo


Friday, 5 February 2016

January Haul 2016




My very first haul posts on my blog. Every month I will update an entry about everything that I bought in that month. Always wanted to share with you what I bought so if its good product/things, maybe you can give a try? Why not, right? So, without any further, let's jump to the haul!!!

Polly Perforated Jelly (Black)


How can I resist when Papa offers me to get something during a shopping? Haha. I got that jelly sandal when I went to Johor Premium Outlet last few weeks. We entered an outlet named as Rubi that sells a lot of accessories like shoes, bags, sunglasses, purses, and others that offers you an affordable price. After a while, Mama chose one sandal and I pick up that black jelly kind of sandal. My size actually was 39/40 but maybe its out of stock so I took 41 instead. Glad that it still fit and not too loose. It looks so cute yet simple. I also think that when I wear it, it feels so light and I don't have to care much since it's a jelly type. So, if the sandal got dirty, I can just wash it off using water without worrying it gonna ruin. Smart, right? haha. The sandal was RM 15.00. Very affordable price even I saw they sell a cute designed sunglasses for RM 8.00!


Nano White Fresh Miracle Mist

I always wanted to try facial mist for a long time. There are a lot of choices and I can't choose one until I accidently watched the advertisement about this product on tv and Instagram. I also surveyed some other brands regarding the face mist. Compared the price, quality, performances and all until I decided to try Nano White Fresh Miracle Mist. I chose it because I'm the type of person who easily attracted to buy something just by watching their advertisement on tv and Instagram. Yeah, I'm that type of person. I bought it because it claims that specially formulated for oily skin and its does contain tea tree oil which is perfect for someone who has acne-prone skin. Wait for the review, okay? Oh, the price for this mist is RM16.40 at Guardian.




Elianto Mono Eyeshadow (03 Cream and 12 Caramel)
I wanted to add a few new eyeshadow for my collections so end up buying two eyeshadow from Elianto. It's hard to choose which colour that I want and suitable for me because there are a lot of colour selections there. After swatches a few colours at the back of my hand, I picked up colour Cream and Caramel. Cream for the eyelids while Caramel I can use it for the outer corner of my eyes. It looks so pretty. But, the shimmer was so strong and a lot! It's still there even though I've washed it. Hmm. But, overall its a nice eyeshadow from Elianto. The pigmentation for both colours is different. The Caramel one is so nice and more pigmented than the Cream one. I don't know, maybe it because Cream is lighter and yellowish so it doesn't appear much on the lids. The price for the eyeshadows is RM9.90 each.


Maybelline Color Tattoo (55 Pink)
Now, you know that I'm obsessed with eyeshadow. Do you? Haha. The first cream eyeshadow I ever have. Not regret buying this cause it is so beautiful. Too bad that the other colours are sold out at the moment at the store. I used it as a base before I put any eyeshadow so that it stay longer. The pigmentation was not bad and I think if I put other eyeshadow on top of it also would make it more vibrant and pigmented. The price is RM18.90 at Watsons.


Pixy UV Whitening Perfect Fit (Refill)



Bought this because of a YouTuber, EvangelineHawa. She used it as a powder foundation and its look good on her. This product cover up the blemishes and scars pretty well even though you still can see those a bit. I think why not I give it a try. Buying the refill one because it will be easy for me to put in my makeup bag since it does not take so much space. Can't wait to try it! Hope it looks well on me too.



Yeah, that is all that I bought in January 2016. I know it is more to makeup thingy. I just want to add a new makeup of my small makeup collections. Haha. Wanna know what I bought for February? Wait for it, okay? 

Thanks for reading! Xoxo

Tuesday, 2 February 2016

Puisi #4 : Sakit by SR

hurt, quote, and sad image



Sakit yang aku rasa sekarang
Tak sama dengan sakit yang kau rasa
Kau gembira.
Aku?
Pernah kau tanya apa yang aku rasa?
Tak.
Kau cuma kisahkan orang yang kau sayang tapi bukan aku.


Syaza Raihanah, 2014.


#PuisiSR #QuotesSR